Kongsi rezeki! Amyra Rosli hadiahkan ibu bapa kereta baharu sempena anniversary

LocalFamily & Parenting
24 Nov 2025 • 3:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Amyra Rosli mencuri tumpuan ramai apabila menghadiahkan sebuah kereta jenis utiliti sukan (SUV) buat ibu dan bapanya sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Hadiahkan kereta baharu

image is not available

Menerusi perkongsian di Instagram, Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 34, pada mulanya hanya memberi ucapan menerusi panggilan video sebelum bertemu sendiri keluarganya dengan menyerahkan kunci kereta baharu.

“Mama ayah ingat saya hanya video call nak bagi ucapan happy anniversary.
“Tiba-tiba ada satu kereta tak dikenali sampai depan rumah, mama ayah pelik sebab tak tahu kereta siapa,” tulis Amyra, semalam.

Dalam perkongsian sama, Amyra dilihat memeluk kedua ibu bapanya sebelum membawa mereka berdua mencuba menaiki kereta berkenaan.

“Bidadariku yang sentiasa mendoakan anak-anak, sayang mereka berdua dunia akhirat.
“Terima kasih suami, adik, dan anak-anak sebab dah tolong rahsiakan kejutan ini,” kongsinya.

Aktres drama Nur itu turut mendoakan agar ibu dan bapanya diberikan kesejahteraan hidup yang baik  dan sentiasa berada di bawah jagaan tuhan.

image is not available

“Ya Allah, kasihanilah dan rahmatilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka telah mengasihani dan membesarkan aku sejak kecil,” tambahnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, warganet tersentuh dengan usaha yang dilakukan oleh pelakon itu bagi membahagiakan orang tuanya.

Malah ada juga yang meluahkan rasa gembira melihat momen indah itu dan mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

Berbakti selagi ada

image is not available

Bagusnya berkongsi rezeki

image is not available

Tahniah, dapat bahagiakan keluarga

image is not available

Artikel lain: Amyra Rosli keguguran, tiada rezeki timang anak ketiga

Sekadar info, Amyra dan Amar yang juga merupakan seorang pelakon telah melangsungkan perkahwinan pada 11 November 2016 dan pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.

Sumber: Instagram aamyrarosli