Kongsi video berbaju pengantin, tarikh nikah Amira Othman makin dekat?

EntertainmentLifestyle
24 Aug 2025 • 12:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi Amira Othman atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman menuai perhatian ramai apabila mengenakan busana pengantin rona putih.

Tarikh nikah makin dekat?

image is not available

Menerusi hantaran di Threads, memaparkan Amira sedang dipersiapkan umpama seperti seorang pengantin wanita dan menitipkan beberapa pesanan berkenaan takdir Tuhan.

“Kadang kita tertanya, tentang percaturan hidup. Namun Allah adalah sebaik-baik perancang.

“Tidak ada perkara yang terjadi dalam hidup dikatakan lambat mahupun terlalu cepat kerana takdir kita semua berbeza-beza. Yakin pasti semuanya yang baik-baik,” kata Amira di Threads, semalam.

image is not available

Dalam pada itu, lebih menjadi kontroversi apabila video tersebut menunjukkan beberapa dulang hantaran, kad kahwin, dan sebentuk cincin seolah memberi bayangan penyanyi itu bakal menikah tidak lama lagi.

Meninjau ke ruangan komen warganet tidak sabar melihat Amira menikah kerana sudah terlalu lama menunggu pasangan hidup dan memuji kecantikannya mengenakan busana pengantin bewarna putih.

Malah ada juga wargamaya mendakwa video tersebut dibuat bagi mempromosikan satu jenama pakaian sahaja dan tetap mendoakan yang terbaik buat penyanyi itu agar ditemukan dengan jodoh yang sepadan.

Cantiknya

image is not available

Tawakal dia tinggi

image is not available

Ni penggambaran sahaja

image is not available

Sebelum ini, muncul spekulasi membabitkan pelakon Fattah Amin bakal melangsungkan majlis pernikahan tidak lama lagi.

image is not available

Tambah kecoh lagi apabila nama Amira dipetik sebagai bakal isteri kepada pelakon terbabit dan ada individu mendakwa dewan persandingan sudah ditempah untuk majlis resepsi yang akan diadakan tidak lama lagi.

Sumber: Threads Amira Othman