Kongsi video cium pipi, wanita mengaku jalin cinta dengan Aliff Aziz sejak Januari 2024

Entertainment
22 Apr 2024 • 8:49 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mengaku jalin cinta dengan Aliff Aziz sejak Januari 2024 telah mengejutkan ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Sarah di laman Instagramnya, dia mendedahkan kronologi hubungannya bersama penyanyi tersebut dengan tujuan menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

Dalam perkongsian itu juga, dia turut selitkan video mesra bersama Aliff yang memaparkan aksi memeluk tangan dan mencium pipi.

Mengaku jalin cinta dengan Aliff Aziz

Jelasnya, dia mula rapat dengan Aliff Aziz apabila penyanyi tersebut sering mengadu masalah rumah tangga yang dialaminya sehingga wujudnya rasa sayang antara mereka.

Dakwanya lagi, mereka tetap menjalinkan hubungan walaupun Aliff dilaporkan ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies dan suami kepada Bella Astillah itu telah menginap di rumahnya selama sebulan sepanjang menghabiskan penggambaran drama.

Apa yang lebih mengejutkan, Sarah turut memberitahu Aliff telah dipergunakan Ruhainies sambil menunjukkan beberapa tangkap layar perbualan antara WhatsApp antara dua pelakon tersebut.

Mengaku jalin cinta dengan Aliff Aziz

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, Sarah memohon maaf kepada pihak yang terlibat, tambahan pula Bella Astillah mengetahui kewujudannya dalam hidup Aliff.

Terdahulu, Aliff Aziz dilaporkan ditangkap khalwat bersama Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

Sumber: Instagram @sarahyasminekh