Kongsi video di mahkamah, isteri Azlan Komeng beri bayangan kemelut rumah tangga

LocalFamily & Parenting
9 Apr 2025 • 3:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
isteri Azlan Komeng

Isteri Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz berkongsi video memperlihatkan dirinya di Mahkahamah Rendah Syariah, Hulu Langat menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet.

Isteri Azlan Komeng beri bayangan tentang rumah tangga?

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok miliknya, Nilam menulis kapsyen seakan memberitahu kemelut rumah tangga antara dia dan suami kini kian berlarutan.

@puan_nilamortiz

Aku memilih pergi sebab aku ingin menjaga hati,kita akan menjadi orang asing kembali di mana Hati aku adalah tugas aku untuk menjaganya dan hati kau tugas kau untuk menjaganya, selepas ini tiada lagi takdir kita yang bernama ‘KITA’ @FOUNDER NILAM EMPIRE

♬ Perceraian Lara - Ipank

“Aku memilih pergi sebab aku ingin menjaga hati.

“Kita akan menjadi orang asing kembali di mana hati aku adalah tugas aku untuk menjaganya dan hati kau tugas kau untuk menjaganya, selepas ini tiada lagi takdir kita yang bernama kita,” tulis Nilam di ruangan kapsyen, hari ini.

Isteri Azlan Komeng berjubah hitam di depan mahkamah syariah

Dalam perkongsian sama, Nilam yang mengenakan jubah serba hitam seakan sudah reda akan keputusan yang telah dilakukannya itu sambil berjalan keluar meninggalkan mahkamah.

image is not available

Nilam dah banyak bekorban

Menelusuri ke ruangan komen, wargamaya terharu melihat perkongsian tersebut kerana mengakui bahawa Nilam seorang isteri yang taat akan perintah suami dan ada juga yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Azlan kerana menganggapnya tidak bersyukur.

image is not available

Geramnya kat Azlan ni

image is not available

Moga terus kuat

image is not available

Terdahulu, Nilam mendedahkan bahawa Azlan mempunyai hubungan istimewa bersama wanita lain dan mereka berdua ingin menikah setelah suaminya itu kembali pulih selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya Oktober tahun lalu.

Sumber: TikTok puan nilam ortiz