“Aku memilih pergi” – Isteri Azlan Komeng Muat Naik Video Berada Di Mahkamah Rendah Syariah?

Entertainment
9 Apr 2025 • 3:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isteri kepada pelakon Azlan Komeng menjadi tumpuan apabila hantaran terbaharunya di TikTok menunjukkan dirinya hadir ke Mahkamah Rendah Syarikah Hulu Langar, Selangor seorang diri.

Dalam video tersebut, Nur Nilam Ortiz dilihat memakai jubah serba hitam berjalan di perkarangan mahakamah itu. Ia sekaligus telah memberikan bayang yang seolah-olah rumah tangganya kini sedang bergolak.

“Aku memilih pergi sebab aku ingin menjaga hati,kita akan menjadi orang asing kembali di mana hati aku adalah tugas aku untuk menjaganya dan hati kau tugas kau untuk menjaganya, selepas ini tiada lagi takdir kita yang bernama kita”

@puan_nilamortiz

Aku memilih pergi sebab aku ingin menjaga hati,kita akan menjadi orang asing kembali di mana Hati aku adalah tugas aku untuk menjaganya dan hati kau tugas kau untuk menjaganya, selepas ini tiada lagi takdir kita yang bernama ‘KITA’ @FOUNDER NILAM EMPIRE

♬ Perceraian Lara – Ipank

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan sokongan moral buat Nur Nilam selain ada yang meluahkan rasa geram kerana Nur Nilam adalah orang yang menjaga suaminya ketika sakit.

image is not available image is not available image is not available

Sebelum ini, Nilam ada mendedahakan yang suaminya itu bakal berkahwin lagi menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok. Ia selepas suaminya itu meminta Nilam agar meminang bakal madunya. Sebagai rujukan, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.