
Isteri kepada pelakon, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Otriz didakwa telah memfailkan penceraian terhadap suaminya.
Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikToknya, ia memaparkan dirinya beredar dari perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.
Nilam berkata, pemilihannya untuk bercerai demi menjaga hati yang telah hancur setelah heboh di media sosial mengenai hasrat Azlan yang mahu berkahwin dua.

Aku memilih pergi sebab aku ingin menjaga hati, kita akan kembali menjadi orang asing dimana hati aku adalah tugas aku untuk menjaganya dan hati kau tugas kau untuk menjaganya.
Selepas ini tiada lagi takdir yang bernama ‘kita’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat untuknya agar terus kuat dan bersabar menempuhi ujian rumah tangga.

Sebelum ini, Azlan menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia tidak menghargai isterinya selepas mengambil keputusan untuk berpoligami.
Azlan Komeng Jelaskan Keputusan Kahwin Dua Atas Persetujuan Bersama, Mohon Henti Apikan Isteri Untuk Bercerai - “Saya Tak Rasa Saya Buat Salah..”
The post Muat Naik Video Di Mahkamah Syariah, Isteri Azlan Komeng Failkan Cerai? – “Kita Akan Menjadi Orang Asing Kembali..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


