Kongsi video lama bersama isteri, Haqiem Stopa buat permohonan maaf?

EntertainmentLifestyle
24 Nov 2025 • 5:47 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ikon permotoran, Haqiem Stopa kembali menjadi perhatian ramai berhubung rumah tangganya bersama pempengaruh Aireena Sofia, atau mesra disapa sebagai Jane.

Buat permohonan maaf

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok, video itu memperlihatkan isterinya mengusap lembut kepala Haqiem yang sudah menutup wajahnya seolah-olah gagal untuk menahan sebak.

@haqiemstopa_starlive_oe

This video is not my purpose for content or engagement. I saved this video here for myself image is not availableimage is not available #imsorrytomywife

♬ suara asli – mochwildan17 – mochwildan17

“Video ini bukan bertujuan untuk konten bagi menarik perhatian orang ramai tetapi simpan untuk diri saya sendiri,” tulis Haqiem di TikTok, hari ini.

Namun begitu apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah tanda pagar yang disertakan bersama perkongsian tersebut seolah-olah memberi bayangan bahawa dirinya menyesal atas segala kemelut yang berlaku terhadap rumah tangganya.

image is not available

“Saya minta maaf kepada isteri saya,” luahnya lagi.

Sebelum ini, Aireena mendakwa Haqiem sekali lagi berlaku curang apabila menjalinkan hubungan terlarang dengan seorang gadis berusia 18 tahun.

Pendedahan tersebut telah menarik perhatian netizen yang rata-ratanya terkejut dan bersimpati dengan nasib Aireen lebih-lebih lagi dia baru sahaja menimang cahaya mata.

image is not available

Artikel lain: Isu Rumah Tangga, Kakak Pertahan Haqiem Stopa – “Belum Pernah Jumpa Lelaki Sesabar Awak”

Bagaimanapun, pemilik nama Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, itu enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut.

Untuk info, Haqiem Stopa dan Aireena Sofia mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu.

Sumber: TikTok haqiemstopa

The post Kongsi video lama bersama isteri, Haqiem Stopa buat permohonan maaf? appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved