Kongsi video nikah, netizen sifatkan Shahida isteri penyabar – “Hari kami gaduh lagi banyak dari…”

6 Apr 2026 • 5:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida mencuri perhatian netizen apabila berkongsi berkenaan rumah tangganya.

Isteri paling sabar

image is not available

Screenshot

Menerusi perkongsian di Threads, Shahida memuat naik sebuah video memaparkan perjalanan awal kehidupannya bersama Aliff ketika baru sahaja berumah tangga sehingga sudah menjadi ibu kepada enam cahaya mata.

Walaupun mengakui mereka kerap melalui fasa pertelingkahan, Shahida tetap meluahkan rasa syukur kerana hubungan mereka masih kekal bertahan.

“Hari kami bergaduh lagi banyak dari hari kami berbaik. Tapi tu la kan, kuat betul jodoh kami. Alhamdulillah,” tulisnya, ringkas.

image is not available

Menelusuri ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut mendoakan kebahagiaan pasangan itu. Malah, ramai yang menyifatkan Shahida sebagai seorang isteri yang tabah serta sabar melayan kerenah suaminya itu.

Isteri paling sabar

image is not available

Nampak betul-betul sayang

image is not available

Terdahulu, usahawan itu menerima pujian daripada orang ramai apabila berkongsi rutin dan tradisi keluarganya setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Difahamkan, setiap tahun mereka sekeluarga memilih untuk menyewa sebuah homestay sebelum berkumpul bersama ahli keluarga terdekat di Sungai Besar, Selangor.

Tujuan menyewa homestay untuk memudahkan urusan kunjungan tidak mahu anak-anak terlepas peluang untuk mengenali saudara-mara dengan lebih rapat memandangkan kebanyakan mereka jarang bertemu pada hari biasa.

Sumber: Threads shahidadherbs