Konon Diterima Masuk Ke Universiti Di Perancis, Han Sohee Kantoi Menipu?

29 Apr 2024 • 12:54 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Betul ke Han So-hee dikatakan menipu tentang penerimaannya ke sekolah di Perancis?

Sebelum ini menerusi satu program hiburan, Han So-hee berkongsi bahawa dia telah diterima masuk ke universiti seni di Perancis tetapi tidak dapat pergi kerana tidak mempunyai wang sebanyak 60 juta KRW untuk permohonan Visa.

Bagaimanapun, ramai yang mendakwa bahawa pelakon wanita itu berbohong tentang kenyataannya tersebut kerana pemohon hanya memerlukan 10 juta KRW untuk pemprosesan Visa.

Setelah pelbagai dakwaan dibuat, Han So-hee sendiri telah tampil memberi penjelasan. Katanya,

Seperti yang anda tahu, sistem yang melibatkan pemikiran dan peralihan adalah tidak sesuai dengan saya. Sejak itu, saya meninggalkan impian untuk masuk universiti di Korea dan membina portfolio.

Pada mulanya, saya bermimpi untuk ke Central Saint Martins tanpa mengetahui tentang subjek tetapi selepas mendengar bahawa ia menelan kos ratusan juta setahun, saya memilih Beaux-Arts. Saya tak mungkin akan dapat pinjaman kerana saya tidak pergi ke universiti di Korea.

image is not available

Sambungnya lagi,

Saya memerlukan 20 hingga 30 juta won dalam akaun bank saya dan perbelanjaan untuk rumah serta sara hidup di sana adalah tidak mencukupi. Bermula pada usia 20 tahun, saya terpaksa menggunakan wang yang saya terima untuk pengajian di luar negara tetapi cerita itu telah disunting dan disalahgambarkan dalam rancangan hiburan itu.

Walaupun telah memberi penjelasan, sesetengah orang masih tidak berpuas hati dan menyatakan bahawa dia tidak faham tentang sistem pengajian di luar negara. Tambahan, ada juga yang meminta Han So-hee untuk menunjukkan sijil penerimaannya ke sekolah yang dinyatakan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.