
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setelah penat bekerja, sudah tentu ramai di kalangan masyarakat yang mahu pulang ke rumah yang bersih, kemas, serta cantik. Bak kata orang, sedap mata memandangnya.
Kalau anda nak tahu, ramai penduduk di flat PPR (Program Perumahan Rakyat) mendapat insiprasi untuk mencantikkan lagi tempat tinggal mereka. Seperti sebelum ini, tular sebuah rumah di PPR Kampung Muhibah, Kuala Lumpur yang kelihatan seperti kondominium.
Sebaik sahaja memasuki pintu masuk rumah, kelihatan ruang tamu dihiasi dengan tema ruang tamu warna biru lembut serta putih. Perabot yang digunakan juga mempunyai reka bentuk minimalis.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rumah Cantik Persis Hotel, Ramai Kagum Lihat Dekorasi Rumah PPR Ini
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Kondo!” – Renovasi & Deko Rumah PPR Ini Bikin Ramai Kagum
Baca Artikel Berkaitan: “Terus Jadi Kondo”- Penduduk PPR Bersatu Cantikkan Kediaman Raih Pujian
Setiap Lobi Lif Di PPR Sungai Bonus KL Meriah Dengan Deko Unik
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@housetourmalaysia) menyaksikan suasana di flat PPR Sungai Bonus, Kuala Lumpur.
Dalam video perkongsian, seorang pakcik yang merupakan penduduk di kawasan tersebut telah membawa pihak House Tour Malaysia untuk meninjau dekorasi unik hasil kreativiti pemilik rumah di lobi lif setiap tingkat.
Bermula dengan tingkat 9, lobi lif berkenaan diwarnai dengan seni lukisan alam semula jadi. Bingkai-bingkai gambar itu dilihat tergantung pada setiap sudut dinding.
Perkara yang mencuri perhatian, lobi itu turut tersedia dengan lampu hiasan candelier yang kelihatan mewah. Bahkan, terdapat juga mural lukisan oleh penduduk di sana yang menunjukkan keharmonian setiap bangsa termasuklah warga Melayu, India dan Cina.

Buat mereka yang ingin meluangkan masa bersama jiran, terdapat juga ruangan untuk duduk bersantai. Kos mencantikkan kawasan itu dikatakan mencecah kira-kira RM2,000.
Bukan itu sahaja, cermin turut tersedia di mana penduduk boleh mengambil gambar OOTD.
Lobi Lif Tingkat 7 Berkonsepkan Pantai
Beralih kepada tingkat 8, lobi lif berkenaan mempunyai CCTV (kamera litar tertutup) bagi mengelakkan aktiviti vandalisme. Konsep tingkat tersebut pula lebih ke arah dekorasi moden.
“Diorang (penduduk) dah mula buat rundingan dan semua bersetuju (untuk menghias lobi lif). Jadi mereka memulakan projek ni daripada bulan 12 hingga bulan Mac 2025,” kata pakcik berkenaan.
Di lobi lif seterusnya iaitu di tingkat 7, tema yang dipilih adalah pantai dan laut. Terdapat lukisan pokok-pokok kelapa pada dinding dan papan luncur air. Lantai yang asalnya bersimen juga telah ditukar kepada jenis jubin mozek.
@housetourmalaysia #HTMshare satu tarikan di PPR Sg Bonus KL dimana terdapat dekorasi unik lift lobby disini. Kami sempat tour beberapa level yang dideko sendiri hasil kreativiti penduduknya dengan pelbagai konsep Hasil kerjasama bagi mencantikkan ruangan lift ini menarik perhatian ramai serta juga memupuk kerjasama antara penduduk. Korang rasa level mana yang paling menarik? Komen dibawah 👇🏻✨ #ppr #flat #pangsapuri #kualalumpur #ighome #ighometourmalaysia #kakideko #kakidekomalaysia #rumahviral #htm #dekorasi #housetourmalaysia #rumahmalaysia #malaysia #inspo #homeinspo #rumahidaman #minimalis #rumahmungil #sghompe #ighometourindonesia #rumahcantik #pinterest #fyp ♬ Mozart Minuet with violin(815356) – 松本一策
Tonton video penuh [DI SINI] untuk melihat rekaan dan dekorasi di tingkat seterusnya.
Ramai Puji Inisiatif Penduduk PPR Deko Lif Lobi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji penduduk yang bersatu hati dan bekerjasama bagi menceriakan kediaman mereka.
“Masya-Allah cantiknya. Kan best semua flat PPR lawa macam ni. Rasa tenang je,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah ada juga individu yang berpendapat penduduk lebih mudah untuk memilih port mana untuk ber-OOTD.
“Senang nak bergambar raya macam ni. Pilih je background lobi lif tingkat mana,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, segelintir individu berkata penduduk tidak akan rasa terbeban untuk sama-sama membersihkan ruangan yang tersedia cantik itu.
“Cantiknya, bila dah cantik-cantik macam ni nak bersihkan pun bersemangat. Selesa je mata tengok. Tahniah kepada penghuninya,” kata seorang wanita.








Baca Artikel Berkaitan: “Ini Baru Raya” – Deko Lampu Warna-warni Di Flat Sempena Aidilfitri Buat Orang Ramai Terpegun
Baca Artikel Berkaitan: Anak Muda Ini Beli Rumah Lama Ketika Pandemik & Ubah Suai Jadi Cantik
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rider Terkejut Tengok Hiasan Luar Flat Di Taman Keramat Macam Dalam Rumah
Source:


![Conteng Nak Bagitahu Ada Paku Di Tayar, Tindakan Individu Buat Pemilik Kereta Pening Kepala [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)
![“Kucing Tu Elok Je Healing, Korang Call 999” – Bomba Luah Terima Panggilan Palsu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)