Conteng Nak Bagitahu Ada Paku Di Tayar, Tindakan Individu Buat Pemilik Kereta Pening Kepala [Video]

LocalCars
10 Apr 2025 • 4:33 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap individu pastinya ingin menjadi prihatin dengan menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.

Malah bantuan yang dihulurkan itu tidak semestinya sesuatu perkara yang besar, bahkan dengan sekadar memberi nota atau makluman mengenai sesuatu hal juga boleh membantu orang di sekeliling.

Sebagai contoh memaklumkan mengenai tayar pancit dengan cara meninggalkan nota kepada pemilik juga dapat membantu mereka untuk tidak meneruskan perjalanan dalam keadaan yang bahaya.

Pemilik kereta pening lihat kenderaan diconteng untuk maklumkan sesuatu

Namun lain pula yang dihadapi oleh seorang individu ini apabila keretanya diconteng dengan maker hanya kerana ingin memberitahu terdapat benda asing pada tayar sebuah kereta Honda berwarna putih.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @aina43452 di TikTok, awalnya kelihatan individu yang meninggalkan mesej tersebut meninggalkan mesej bermula daripada pintu hadapan di bahagian kiri.

“Pakcik tolong tengok,” tulisnya sambil menyambung mesej itu dengan anak panah membawa ke pintu belakang di bahagian sama sehingga ke tempat isi minyak.

“Datang dengan saya (ikut saya),” katanya.

Di bahagian bonet kereta pula dia meminta pemilik kenderaan tersebut untuk terus mengikuti anak panah yang dilukis dan jangan berhenti.

Rupanya hanya nak bagitahu ada paku pada tayar

Pemilik kereta itu kemudian mengikuti anak panah berkenaan sehingga ia berhenti di bahagian tayar hadapan.

Individu itu kemudian meninggalkan mesej akhir dengan menulis “ada paku” pada tayar kereta terbabit.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah individu yang meninggalkan mesej itu sanggup menconteng kereta berkenaan dengan melukis anak panah daripada memaklumkan menggunakan nota kertas.

@aina43452

Amal Yang bail😭😭😭

♬ original sound – ︎

Ramai tak setuju individu conteng kereta hanya untuk bagitahu tayar ada paku

Melihat di ruangan komen, ramai yang kurang bersetuju dengan cara individu itu memaklumkan mengenai insiden tersebut dengan menconteng kereta pemilik menggunakan maker meskipun dia mempunyai niat yang baik.

Malah ada juga mengatakan sekiranya maker tersebut dari dakwat kekal ia akan lebih menyukarkan pemilik kereta untuk memadamnya.

Ada juga yang meminta pemilik kereta untuk membeli alat semburan khas untuk menghilangkan dakwat maker berkenaan.

Namun menerusi video dipercayai insiden itu bukan berlaku di Malaysia kerana kereta honda itu mempunyai nombor pendaftaran berwarna biru.

“Bayangkan tu pen marker permanent”

image is not available

“Bagus idea ni. Dia tak tahu pemilik kereta akan datang dari arah mana. Jadi dia tulis sekeliling kereta”

image is not available

“Mesejnya ada paku, tapi penjelasan tu satu kereta jadi mangsa”

image is not available

“Teringat anak aku nombor dua, masa merdeka dia lukis bendera dan tulis merdeka guna maker dakwat kekal. Kiri, kanan, depan, belakang, bumbung sekali tau (anak lukis). Kereta dah lah warna putih, bapa dia balik kerja berderau darah.”

image is not available