Konsert Dolla ‘Good Girls Gone Bad’ Yang Dijadualkan Berlangsung 6 Disember Ini Dibatalkan

EntertainmentMusic
22 Nov 2025 • 1:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Konsert kumpulan Dolla, Good Girls Gone Bad yang sepatutnya berlangsung pada 6 Disember 2025 ini di Idea Live dilaporkan telah pun dibatalkan.

Pengumuman pembatalan itu telah dibuat oleh penganjur konsert berkenaan, SAH Entertainment menerusi Instagram.

image is not available

Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas menilai semula keseluruhan garis masa persiapan acara yang dilihat berkemungkinan tidak dapat disempurnakan dalam tempoh yang sepatutnya.

image is not available

Bayaran balik atau refund kepada pembeli tiket konsert Dolla juga akan diproses oleh pihak penganjur secepat mungkin.

Sumber: Instagram SAH Entertainment

Sumber: Instagram SAH Entertainment Sumber: NST/Universal Music Malaysia

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.