Konsert Ella ‘Sidang Penutup’ Pada 5 Disember, Yuna Dan Ziana Zain Turut Berkongsi Pentas

LocalEntertainment
22 Oct 2026 • 2:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Selepas menghimpunkan lebih 70,000 peminat menerusi tiga persembahan tahun ini, Ratu Rock Malaysia, Ella, bakal melengkapkan siri Majlis Tertinggi Rockqueen 2026 dengan konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Sidang Penutup.

Konsert anjuran Hitman Solutions bersama Rockqueen itu dijadualkan berlangsung pada 5 Disember 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dengan penampilan istimewa Yuna dan Datuk Ziana Zain.

Advertisement

Pengumuman rasmi dibuat pada 20 Oktober lalu di The Saujana Hotel Kuala Lumpur, sekali gus menjawab persoalan peminat selepas Ella menyuarakan hasrat untuk mengadakan sebuah lagi konsert sebelum berakhirnya tahun ini.

 

Konsert Ella

 

Majlis Tertinggi Rockqueen Ella himpunkan lebih 70,000 peminat

Perjalanan Majlis Tertinggi Rockqueen tahun ini bermula dengan persembahan di TM Stadium Nasional Bukit Jalil yang menghimpunkan 55,000 peminat.

Siri tersebut kemudian diteruskan di Singapura dengan kehadiran lebih 5,000 peminat, sebelum persembahan di Pulau Pinang menghimpunkan 10,000 penonton.

Selepas tiga persembahan berkenaan, Sidang Penutup dirancang sebagai malam penghargaan buat peminat yang terus menyokong perjalanan seni Ella sepanjang lebih empat dekad.

“Tahun ini memang satu perjalanan yang sangat luar biasa dan penuh makna buat Ella. Daripada peminat di TM Stadium Nasional Bukit Jalil, kemudian ke Singapura dan Pulau Pinang, Ella sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bertemu dan berkongsi muzik dengan begitu ramai peminat yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan.

“Setiap perjalanan pasti ada penghujungnya dan setiap cerita ada bab terakhirnya. Jadi, Ella mahu Sidang Penutup menjadi satu malam yang benar-benar istimewa untuk kita semua. Ella mahu kita menutup perjalanan Majlis Tertinggi Rockqueen tahun ini dengan penuh kegembiraan, kasih sayang dan kenangan yang akan kita simpan sampai bila-bila. Kalau kita sudah mulakan perjalanan ini bersama, biarlah kita tutup tirainya juga bersama,” ujar Ella.

Yuna dan Datuk Ziana Zain jadi artis undangan konsert Ella

Antara tarikan utama konsert tersebut ialah pertemuan Ella, Yuna dan Datuk Ziana Zain di pentas yang sama, menggabungkan tiga penyanyi wanita daripada latar muzik serta generasi berbeza.

Penyertaan Yuna bakal mempertemukan identiti rock Ella dengan sentuhan muzik kontemporari penyanyi dan penulis lagu yang telah membina nama di peringkat antarabangsa itu.

Menurut Pengarah Jenama Rockqueen, Capt Azhar, pemilihan artis undangan dibuat berdasarkan keunikan bakat serta keserasian mereka dalam menghargai satu sama lain.

Sementara itu, Datuk Ziana Zain kembali sebagai artis undangan selepas penampilannya dalam Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming Edisi Permata Biru di Pulau Pinang.

Kemunculan semulanya memberi peluang kepada peminat di Kuala Lumpur yang tidak berkesempatan menyaksikan persembahan mereka di Pulau Pinang untuk menikmati pengalaman tersebut.

Konsep ‘Audience Choice’ beri peminat peluang pilih lagu dan tema

View this post on Instagram

Sebagai penghargaan kepada peminat, penganjur memperkenalkan konsep Audience Choice yang membolehkan mereka memberikan pilihan terhadap tema persembahan, senarai lagu dan beberapa elemen kejutan.

Inisiatif itu membuka ruang kepada peminat untuk turut terlibat dalam membentuk persembahan penutup siri Majlis Tertinggi Rockqueen tahun ini.

Ketua Projek Khas Hitman Solutions, En. Keeran D, berkata kejayaan siri berkenaan turut membawa mesej Peace.Love.Rindu kepada masyarakat melalui sumbangan kepada organisasi kebajikan.

“Apa yang menjadikan perjalanan ini lebih istimewa ialah peluang untuk membawa mesej Peace.Love.Rindu ke luar pentas persembahan, termasuk menerusi sumbangan kepada organisasi kebajikan. Bagi kami, kejayaan sesebuah konsert bukan hanya diukur melalui jumlah penonton, tetapi juga makna dan impak yang dapat dibawa kepada masyarakat.

“Untuk Sidang Penutup, kami mahu menjadikan peminat sebahagian daripada kemuncak perjalanan ini. Melalui konsep ‘Audience Choice’, mereka berpeluang menentukan beberapa elemen persembahan seperti tema dan senarai lagu. Kami mahu semua yang hadir merasakan bahawa malam ini juga milik mereka, kerana tanpa peminat, perjalanan Majlis Tertinggi Rockqueen tidak mungkin mencapai kejayaan seperti hari ini.

Ella terima penghargaan atas Anugerah Sri Wirama AIM25

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Group, En. Rohit Rampal, turut mengucapkan tahniah kepada Ella atas penerimaan Anugerah Sri Wirama AIM25.

Beliau menyifatkan pengiktirafan itu sebagai penghormatan terhadap sumbangan serta legasi Ella dalam industri muzik Malaysia.

“Ella sememangnya satu-satunya Ratu Rock tanah air yang telah mendedikasikan lebih empat dekad kehidupannya kepada muzik tanah air. Penerimaan Anugerah Sri Wirama merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna dan selayaknya diterima oleh beliau atas segala sumbangan serta legasi yang telah dibina selama ini.

“Sejak bekerjasama dengan Ella pada 2023 menerusi Jilid Akhir: Ella Puteri Kota, diikuti Jilid Rockestra: Rockers Juga Manusia dan seterusnya Majlis Tertinggi Rockqueen, kami berpeluang menyaksikan sendiri kerja keras, dedikasi dan semangat luar biasa yang diberikan Ella dalam memastikan setiap persembahannya mempunyai nilai serta pengalaman tersendiri.

Harga tiket konsert Ella Sidang Penutup bermula RM179

View this post on Instagram

 

Tiket Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Sidang Penutup mula dijual pada 22 Oktober 2026, Khamis, dengan harga bermula RM179 menerusi www.hitmanlive.com.

Butiran konsert adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 5 Disember 2026, Sabtu
  • Lokasi: Unifi Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
  • Penganjur: Hitman Solutions dan Rockqueen
  • Artis undangan: Yuna dan Datuk Ziana Zain
  • Harga tiket: Bermula RM179

Konsert ini turut melibatkan ERA FM, SINAR FM, THR Gegar, MIX FM dan LITE FM sebagai rakan radio, manakala Astro Gempak, World of Buzz serta Hlive sebagai rakan media.

Libroff, Ad Box dan Laura Creative merupakan rakan media luar, sementara The Saujana Hotel Kuala Lumpur menjadi rakan hotel.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui talian +6012-2655783 atau e-mel concerts@hitman.group.

Selain itu kami kongsikan berita lain di pautan bawah.

Image from: Konsert Ella ‘Sidang Penutup’ Pada 5 Disember, Yuna Dan Ziana Zain Turut Berkongsi Pentas2026-10-22 13:59:18

"Mahal Nak Mamp*s" - 'Doorgift' Majlis Kahwin Syed Saddiq Dan Bella Astillah Mula Dijual Dengan Harga RM350

The post Konsert Ella ‘Sidang Penutup’ Pada 5 Disember, Yuna Dan Ziana Zain Turut Berkongsi Pentas first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved