Konsert Kumpulan K-Pop NCT 127 Di Indonesia Dihentikan Gara-gara Lebih 30 Penonton Pengsan

Entertainment
5 Nov 2022 • 1:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Konsert sebuah kumpulan pop Korea Selatan, NCT 127 yang diadakan di Indonesia terpaksa dihentikan gara-gara lebih 30 orang penonton dilaporkan pengsan. Konsert itu terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan susulan insiden tolak menolak yang berlaku dalam kalangan penonton.

image is not available

Memetik laporan CNN Indonesia, pihak polis telah naik ke atas pentas dan memaklumkan pemberhentian konsert kumpulan K-Pop itu yang diadakan di Indonesia Convention Exhibition (ICE), Banten, Indonesia.

Kejadian itu dikatakan bermula sewaktu NCT 127 mempersembahkan lagu Paradise. Kesemua ahli kumpulan itu dilaporkan telah bergerak ke setiap sisi pentas untuk memberikan bola kepada peminat. Namun, keseronokan itu terhenti seketika apabila Taeyong selaku ketua kumpulan tersebut meminta ahlinya berhenti menyanyi.

image is not available

Persembahan lagu itu juga turut dihentikan dan ahli kumpulan itu meminta peminat yang berada di hadapan untuk berundur dan jangan terlalu rapat. Pihak polis telah bertindak menghentikan konsert tersebut dan turut mengawasi proses pergerakan balik para peminat dari lokasi agar terkawal dan tidak berlaku tolak-menolak.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, tiada laporan rasmi berhubung sebarang kecederaan yang berlaku pada konsert itu.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved