Konsert Sumandak Stars ke Sabah tahun depan

3 Dec 2024 • 12:15 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Kazalinah Kamaludin

SUSULAN kejayaan Konsert ‘A Night With Sumandak Stars – Ceritera Hatiku’ pada Sabtu lalu, penganjur merancang untuk membawanya ke Sabah tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Orange International, Dato’ Mohd Fadzli Idrus berkata konsert yang menggabungkan sembilan penyanyi wanita kelahiran Sabah itu membuktikan kehebatan bakat dari Negeri di Bawah Bayu yang telah mencipta nama di persada muzik tanah air.

Advertisement“Sambutan hangat daripada penonton adalah penghargaan terbesar untuk kesemua artis yang terlibat pada mala mini.

“Selepas kejayaan ini, konsert ini akan dilanjutkan ke Sabah pula tahun depan, dan kami merancang untuk membawa artis-artis dari Sabah yang berbeza pula.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Selain itu, kami merancang lebih banyak acara yang akan menampilkan gabungan artis dari pelbagai latar belakang dan genre, demi memberikan pengalaman muzik yang pelbagai kepada peminat di seluruh negara,” katanya.

Konsert itu mencatat sejarah baharu apabila sembilan penyanyi wanita kelahiran Sabah, Marsha Milan, Azharina, Adira Suhaimi, Nikki Palikat, Bella Astillah, Salma, Ayu Damit, Didi Astillah dan Wani Kayrie berjaya memukau ribuan penonton di Zepp, Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Kesembilan-sembilan artis terkenal itu berpadu hati di atas satu pentas, menghidangkan persembahan yang luar biasa. Dengan alunan suara yang memukau serta keunikan gaya setiap artis, malam berkenaan menjadi suatu pengalaman yang penuh emosi, hiburan, dan nostalgia bagi peminat yang hadir.

Malam konsert dibuka dengan persembahan bertenaga dari kesemua artis menyanyikan lagu Sumandak Sabah yang menerima sorakan gemuruh memecah keheningan dewan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Kemudian, Wani Kayrie tampil menyanyikan lagu Aiman Tino yang viral dengan aksinya tersendiri. Persembahan disusuli oleh Ayu Damit dengan lagu Hanya Di Mercu yang mengembalikan nostalgia ketika dia menjuarai pertandingan realiti One In A Million musim ke-2 hampir dua dekad lalu.

Marsha Milan pula menyerlah dengan lagu wajibnya, Cinta yang menjadi naib juara di Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), manakala duo adik-beradik genit, Bella dan Didi Astillah, membuktikan bakat generasi muda Sabah tidak kurang hebatnya mempamerkan lagu Bermanja-manja bersama, diikuti Bella secara solo menyanyikan lagu hit Tapi Bukan Denganmu dengan penuh emosi.

Persembahan terus hangat dengan penampilan Nikki Palikat bersama Adira Suhaimi dan Ayu membawakan bersama lagu Drama dengan aksi yang mempesonakan.

Tidak ketinggalan, juara Mentor musim ke-5, Salma mempersembahkan lagu Aku Permata, diikuti Adira menghiburkan penonton dengan lagu popularnya Pujaan Hati, dan akhirnya, ‘Queen of Soul’, Azharina memukau penonton dengan vokalnya yang padu melalui lagu Rawan, Seandainya dan Elegi Sepi.

Sebagai kejutan istimewa, kesemua artis bergabung di akhir acara untuk menyanyikan sebuah medley lagu Anak Kampung dan Original Sabahan, mencetuskan suasana penuh keakraban dan nostalgia di kalangan mereka.

Juga disokong oleh Kementerian Pelancongan Seni & Budaya, konsert ini turut dimeriahkan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri dan Toh Puan Norlidah R.M Jasni, yang datang dari Sabah hanya untuk menghadiri acara itu.

Bukan hanya peminat dari Sabah, penonton juga ada yang datang dari Singapura dan Brunei.