Selain melancarkan tiga cip baharu di bawah siri Snapdragon G pagi ini. Turut diumumkan sekali ialah konsol mudah alih Snapdragon G3x Gen 2 Handheld Gaming Reference Design yang boleh digunakan oleh pengeluar sebagai asas kepada rekaan konsol mereka sendiri. Seperti Snapdragon G3x Handheld Developer Kit tahun lau, konsol ini boleh menjalankan permua pada tetapan tinggi dan pada waktu yang sama boleh menstrim kandungan secara awanan menerusi perkhidmatan Xbox, Steam, Ubisoft, PlayStation dan banyak lagi.

Dari segi rekaan ia mengekalkan konfigurasi alat kawalan diletakkan pada bahagian sisi skrin yang besar. Terdapat dua butang kawalan analog, kawalan digital, butang muka serta butang bahu pada tubuh Snapdragon G3x Gen 2 Handheld Gaming Reference Design. Dengan cip G3x Gen 2 yang dipertingkatkan, ia mempunyai CPU 30% lebih pantas dan GPU dua kali lebih pantas.
Dalam temubual bersama sidang media APAC yang dilakukan minggu lalu, Qualcomm berkata terdapat beberapa pengeluar yang akan melancarkan konsol mudah alih mereka berasaskan rekaan Snapdragon G3x Gen 2 Handheld Gaming Reference Design. Tahun lalu hanya Razer Edge dilancarkan berasaskan rekaan Snapdragon G3x Handheld Developer Kit. Jadi mungkin Razer akan melancarkan Razer Edge 2 untuk pasaran global pula tahun ini.
- Sumber
- Qualcomm
