Kontena disyaki bawa dagangan ke Israel disita AKPS

LocalPolitics
8 Aug 2026 • 8:42 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kontena disyaki bawa dagangan ke Israel disita AKPS

PETALING JAYA: Sebuah kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor dipercayai membawa dagangan untuk dieksport ke Israel disita Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

AKPS memaklumkan, kontena itu ditahan dan diperiksa semalam susulan maklumat risikan yang diterima.

Menurutnya, semakan awal mendapati penghantaran berkenaan disyaki tidak mematuhi Item No 15, Jadual Kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2023.

“Peruntukan itu melarang pengeksportan barangan secara langsung atau tidak langsung ke Israel selaras dengan dasar dan ketetapan Kerajaan Malaysia.

“AKPS akan menjalankan siasatan lanjut bersama pihak berkuasa dan agensi berkaitan bagi mengesahkan sifat, spesifikasi, kegunaan serta klasifikasi barangan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

AKPS berkata, siasatan turut akan menentukan sama ada barangan dalam kontena itu adalah barangan strategik yang tertakluk kepada kawalan mengikut Akta Perdagangan Strategik 2010 dan perundangan subsidiari berkaitan.

“Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan yang melanggar dasar, sekatan dan perundangan negara berkaitan Israel.

“Pendirian kerajaan dalam perkara ini adalah jelas dan konsisten.

“Sebarang percubaan mengeksport barangan secara langsung atau tidak langsung ke Israel yang bertentangan dengan undang-undang dan ketetapan kerajaan akan diambil tindakan tegas,” katanya.- UTUSAN

The post Kontena disyaki bawa dagangan ke Israel disita AKPS appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved