AKPS sita kontena disyaki hantar barang eksport ke Israel

LocalPolitics
8 Aug 2026 • 7:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: AKPS sita kontena disyaki hantar barang eksport ke Israel
AKPS menjalankan siasatan lanjut ke atas sebuah kontena disyaki membawa barangan untuk dieksport ke Israel disita di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah.

JOHOR BAHRU - Sebuah kontena yang disyaki membawa barangan dagangan untuk dieksport ke Israel disita di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah pada Jumaat.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menerusi kenyataan berkata, penghantaran tersebut disyaki tidak mematuhi Item Nombor 15, Jadual Kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2023 yang memperuntukkan larangan pengeksportan barangan secara langsung atau tidak langsung ke Israel, selaras dengan dasar dan ketetapan Kerajaan Malaysia.

“AKPS akan menjalankan siasatan lanjut bersama pihak berkuasa dan agensi berkaitan bagi mengesahkan sifat, spesifikasi, kegunaan serta klasifikasi barangan berkenaan.

“Ia termasuk menentukan sama ada barangan tersebut merupakan barangan strategik yang tertakluk kepada kawalan di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 [Akta 708] dan perundangan subsidiari yang berkaitan,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu, Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan yang melanggar dasar, sekatan dan perundangan negara berkaitan Israel.

Tambah kenyataan itu, sebarang percubaan untuk mengeksport barangan secara langsung atau tidak langsung ke Israel yang bertentangan dengan undang-undang dan ketetapan kerajaan akan diambil tindakan tegas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved