Lori 10 tan bawa ‘barang online’ terbabas dalam sungai

2 Aug 2026 • 11:22 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lori 10 tan bawa ‘barang online’ terbabas dalam sungai

TAIPING – Sebuah lori kontena 10 tan yang membawa barangan sebuah syarikat kurier terbabas ke dalam sungai di Kilometer (KM) 213.0 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara di Kg. Jebong Lama di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan insiden tersebut pada pukul 7.19 pagi tadi.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati sebuah lori berada di dalam sungai dan terdapat seorang mangsa lelaki berbangsa Melayu berusia 30-an telah dikeluarkan oleh orang awam dan mengalami kecederaan di bahagian muka,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, ketua operasi melakukan size up dan mengarahkan anggota melakukan pemantauan di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan tiada lagi mangsa yang terlibat.

“Mangsa yang cedera telah dibawa naik ke tebing jalan dan diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang hadir.

“Lelaki tersebut dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans KKM,” katanya yang turut memaklumkan, operasi itu melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping.

Sabarodzi berkata, operasi berkenaan tamat pada pukul 8.20 pagi. – KOSMO! ONLINE

The post Lori 10 tan bawa ‘barang online’ terbabas dalam sungai appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved