Kontinjen Malaysia Bakal Pakai Baju Melayu Rekaan Rizman Ruzaini Ketika Perasmian Olimpik Paris 2024

Women's Fashion
5 Jul 2024 • 11:42 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Minggu lalu, kecoh mengenai rekaan pakaian rasmi yang bakal disarung oleh atlet-atlet kebangsaan bagi sukan Olimpik Paris 2024. Ramai netizen meluahkan rasa kecewa kerana pakaian itu tidak menonjolkan ‘belang’ untuk bertanding pada temasya sukan tersebut.

Namun, beberapa hari lepas Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah melancarkan pakaian rasmi baharu yang nampak lebih ceria berbanding sebelumnya.

image is not available
Sumber: kosmo!

Baju perasmian guna rekaan Rizman Ruzaini

Terbaharu, kontinjen Malaysia dikhabarkan bakal memakai busana baju Melayu daripada pereka terkenal tanah air iaitu Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil ketika perasmian Sukan Olimpik tersebut.

Menurut Ketua Kontinjen (CDM), Datuk Hamidin Mohd Amin baju itu akan diperkenalkan kepada umum dalam masa terdekat.

Sudah pasti ia akan bertemakan baju Melayu. Kami telah memuktamadkan reka bentuk dan akan mempamerkannya kepada umum tidak lama lagi.

Sentuhan jenama ‘Rizman Ruzaini’ itu pernah mencipta nama di peringkat antarabangsa selepas busana mereka diperagakan oleh model Naomi Campbell dan penyanyi Lady Gaga ketika persembahan di Las Vegas.

image is not available
Sumber: berita harian

Dalam pada itu, jenama kasut ‘Skechers’ turut menaja kasut rasmi bagi kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris 2024 dengan jumlah tajaan sebanyak RM194,290.

image is not available
Sumber: utusan

Sekadar info, kontinjen Malaysia pada Olimpik Tokyo 2020 telah menyarung persalinan pemakaian Hang Tuah yang direka khas daripada fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM, Shah Alam. Rekaan tersebut adalah gabungan corak geomatrik dan warna Jalur Gemilang sebagai warna asas.

Wah! Min tak sabar nak tengok baju tu!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.