Kontrak projek kerajaan didedah secara telus tahun depan – Anwar

LocalPolitics
11 Oct 2026 • 10:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kontrak projek kerajaan didedah secara telus tahun depan – Anwar

KUALA LUMPUR: Kontrak projek kerajaan termasuk pembinaan sekolah, hospital dan universiti perlu didedahkan secara telus mulai tahun depan bagi membolehkan rakyat mengetahui kos, syarikat yang dilantik serta perkembangan pelaksanaan projek berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, maklumat berkaitan setiap projek perlu merangkumi kos keseluruhan, nilai tanah, kontraktor yang memperoleh kontrak serta kemajuan pembinaan bagi memastikan rakyat dapat menilai sendiri pelaksanaan projek berkenaan.

Katanya, ketelusan itu penting bagi membolehkan orang ramai mengetahui sama ada projek dilaksanakan mengikut perancangan dan tanggungjawab yang ditetapkan, selain menilai prestasi kontraktor yang dilantik.

“Akses kepada maklumat terperinci seharusnya diberikan mengenai kos pembinaan sekolah, harga tanah serta pihak yang bertanggungjawab melaksanakan projek berkenaan.

“Ini membolehkan rakyat memantau kemajuan projek dan menilai sendiri sama ada pembinaannya dilaksanakan dengan baik oleh kontraktor yang dilantik, “katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam dan Perasmian Kemuncak Pemimpin Muda Masa Hadapan Antarabangsa (iFUTURE) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, amalan tadbir urus yang baik dan telus dalam pelaksanaan kontrak kerajaan menjadi antara faktor yang membolehkan peruntukan bagi pendidikan, kesihatan, pekerja gig dan graduan muda dipertingkatkan.

Beliau berkata ini terbukti apabila kerajaan dapat meningkatkan gaji minimum sebanyak tiga kali dalam tempoh berkenaan.-UTUSAN

The post Kontrak projek kerajaan didedah secara telus tahun depan – Anwar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved