Kontraktor rugi RM44,800 diperdaya tender palsu

LocalBusiness & Finance
7 Oct 2026 • 1:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kontraktor rugi RM44,800 diperdaya tender palsu

BESUT – Seorang kontraktor berputih mata kerugian RM44,800 akibat diperdaya tender pembekalan peralatan di sebuah institusi pendidikan di daerah ini yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Rozaime Ab. Rahim berkata, pada mulanya, wanita berusia 50 tahun itu telah dihubungi individu tidak dikenali yang memperkenalkan diri kononnya wakil institusi pendidikan tersebut.

“Suspek telah menawarkan mangsa tender pembekalan kerusi dan meja kantin bagi institusi pendidikan berkenaan.

“Mangsa tertarik dengan tawaran tender yang didakwa bernilai RM112,000 tersebut,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Rozaime berkata, kontraktor berkenaan membuat tempahan kerusi dan meja kantin tersebut kepada syarikat pembekalan dicadangkan suspek.

Beliau berkata, wanita berkenaan telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM44,800 ke dalam akaun bank diberikan suspek.

“Begitupun, suspek terus gagal dihubungi selepas pembayaran dilakukan. Barulah mangsa menyedari dia sudah tertipu.

“Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Kontraktor rugi RM44,800 diperdaya tender palsu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved