Polis siasat insiden kontraktor menangkap anjing liar tunjuk isyarat lucah

18 Sep 2026 • 7:03 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis siasat insiden kontraktor menangkap anjing liar tunjuk isyarat lucah

BATU PAHAT: Polis Daerah Batu Pahat telah membuka satu kertas siasatan berhubung insiden seorang petugas kontraktor menangkap anjing liar yang menunjuk isyarat tangan tidak sopan di kawasan Sri Gading, di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, laporan itu diterima daripada seorang pengadu perempuan warga tempatan berusia 29 tahun, awal pagi hari ini.

Menurut beliau, insiden berkenaan dipercayai berlaku pada pukul 11.30 pagi, semalam.

“Kejadian dipercayai berlaku semasa pengadu sedang melalui kawasan di mana terdapat beberapa pekerja kontraktor pengurusan haiwan terbiar lantikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sedang melaksanakan operasi menangkap haiwan terbiar.

“Pada waktu itu, berlaku perselisihan faham di antara kedua pihak sehingga menyebabkan salah seorang pekerja kontraktor telah menunjukkan isyarat tangan berunsur lucah dan mengaibkan kepada pengadu,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Shahrulanuar Mushaddat, sehubungan itu kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).-UTUSAN

The post Polis siasat insiden kontraktor menangkap anjing liar tunjuk isyarat lucah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved