Kontroversi Piala FA: Kim Pan-gon minta MFL buat siasatan terhadap pemain Kuching City

Football
9 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Kontroversi Piala FA: Kim Pan-gon minta MFL buat siasatan terhadap pemain Kuching City

Insiden pergaduhan di tepi padang sebelum tamat perlawanan mencemari suasana separuh akhir kedua Piala FA membabitkan Kuching City bertemu Selangor di Stadium Taha Ariffin, malam tadi. 

Pelawat terpaksa akur selepas tampanan sendiri oleh bekas tonggak Harimau Muda, Mukhairi Ajmal Mahadi, memberi kemenangan agregat 3-2 buat tuan rumah, sekali gus mara ke final bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT). 

Situasi hangat yang berlaku itu jelas mengecewakan ketua jurulatih Selangor, Kim Pan-gon, yang menyeru pihak badan induk, Liga Bolasepak Malaysia (MFL), menjalankan siasatan mendakwa Nazmi Faiz Mansor menghampiri bangku simpanan Selangor mencetuskan kekecohan. 

Bekas pengendali Harimau Malaya itu menyelar tindakan The Cats yang meraikan jaringan dan kemenangan itu di kawasan mereka dengan harapan sepatutnya ia tidak berlaku dan perlu menghormati pihak lawan. 

Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu mempertahankan tindakan barisan kejurulatihan dan anak buahnya yang mahu melindungi antara satu sama lain.

    View this post on Instagram           

A post shared by Astro Arena (@astroarenahd)

"Pemain yang menjaringkan gol tidak boleh datang ke bangku simpanan pasukan lawan dan menyerang ketua jurulatih pasukan tersebut.

"Itu sangat mengecewakan, saya mahu MFL menyiasat insiden ini.

"Saya tidak fikir kakitangan dan pemain kami layak menerima kad merah.

"Siapa yang sepatutnya melindungi ketua jurulatih apabila seseorang daripada pasukan lawan datang menghampiri secara agresif?

"Mereka hanya mahu menghalangnya. Saya mahu melindungi pemain dan kakitangan saya. Itu sahaja," katanya menerusi akbar tempatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved