Konvoi motosikal ke LTSIP bukan anjuran kerajaan negeri

LocalPolitics
26 Apr 2026 • 3:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohamed Fadzli

KOTA BHARU - Konvoi motosikal menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini pada Sabtu bukan anjuran kerajaan negeri, sebaliknya inisiatif individu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerajaan negeri tidak terlibat dalam penganjurannya dan menegaskan semua pihak perlu mematuhi undang-undang, khususnya di kawasan awam dan kawasan sensitif seperti lapangan terbang.

"Kerjasama semua pihak penting bagi memastikan keselamatan awam terus terpelihara dan tidak menjejaskan operasi di kawasan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Beliau berkata, kawasan lapangan terbang memerlukan tahap keselamatan tinggi bagi memastikan kelancaran pergerakan penumpang.

Pada Sabtu, tular di media sosial penganjuran program "Konvoi & Lepak Mat Motor Bersama YB” yang didakwa anjuran Kelab Penyokong Kerajaan dan Dewan Pemuda Pas Kelantan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, penganjuran konvoi itu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab kerana kawasan lapangan terbang kawasan strategik dan keselamatan perlu dipelihara sepanjang masa. - Bernama

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved