Koperasi agih pendapatan pertama dalam 43 tahun

LocalBusiness & Finance
4 Oct 2026 • 1:07 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Koperasi agih pendapatan pertama dalam 43 tahun

KALABAKAN: Koperasi Pembangunan Murut Kalabakan Tawau Berhad (KPMKTB) mencatat sejarah apabila akhirnya berjaya membuat pengagihan pendapatan pertama dalam tempoh 43 tahun sebanyak RM235,000 kepada 235 anggotanya.

Pengagihan tersebut membabitkan agihan RM1,000 kepada setiap anggota, iaitu hasil pendapatan bagi tempoh sebulan dari 1 hingga 31 Ogos lalu.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah, Awang Rusli Mohammad, berkata kejayaan itu membuktikan gerakan koperasi mampu mengurus dan mentadbir ladang dengan berkesan serta memberi manfaat secara langsung kepada anggotanya.

Beliau menyifatkan pencapaian itu sebagai satu perkembangan positif selepas koperasi mengambil alih pengurusan ladang berkenaan daripada Felda pada 1 Ogos lalu, dan dalam tempoh sebulan sudah mampu memberikan pendapatan kepada anggota.

Katanya, beliau menjangkakan pendapatan yang diagihkan kepada anggota berpotensi meningkat kepada sekitar RM1,500 berdasarkan hasil yang diperoleh bagi September.

Awang Rusli berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Pengagihan Pendapatan Pertama KPMKTB di Pejabat Felda Kalabakan Tengah, di sini, pada Sabtu. Hadir sama, Pengerusi KPMKTB, Asfaliza Batan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pencapaian tersebut meskipun melalui perjuangan yang panjang, namun akhirnya membuktikan kemampuan gerakan koperasi dalam menguruskan sektor perladangan, bukan sahaja di Kalabakan malah berpotensi diperluaskan ke seluruh Sabah.

“Saya cukup berbangga kerana kita (pengurusan KPMKTB) berada di landasan yang betul dalam gerakan koperasi ini merancang sendiri masa depan... Mungkin sukar untuk kita melupakan tempoh sukar 43 tahun ini.

“Namun, apabila gerakan koperasi dipandu dengan baik, mereka mampu melaksanakan kerja dengan berkesan dan akhirnya memberikan impak kepada anggota serta masyarakat setempat,” katanya. Beliau menyatakan komitmen untuk memastikan koperasi tersebut sentiasa mematuhi perundangan dan melaksanakan kerja-kerja di ladang dengan baik, atas peluang yang diberikan pihak Felda kepada koperasi dalam pengurusan ladang.

“Ini termasuk saranan kepada koperasi untuk menggunakan teknologi moden dalam sektor pertanian bagi meningkatkan kecekapan pengurusan ladang, misalnya penggunaan dron untuk kerja pembajaan dan meracun tanaman,” katanya.

Awang Rusli berkata, sudah tiba masanya teknologi berkenaan diterokai khususnya oleh golongan anak muda dalam kalangan anggota koperasi bagi memastikan sektor pertanian bergerak seiring perkembangan semasa. Pada masa yang sama, beliau menyeru anggota koperasi supaya mengekalkan perpaduan dan memberikan sokongan kepada barisan kepimpinan yang dipilih bagi memastikan gerakan koperasi dapat berkembang secara berterusan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved