Koperasi perlukan penglibatan lebih ramai belia: Ewon

28 Jul 2023 • 1:11 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KOTA KINABALU: Usaha perlu ditingkatkan untuk menggalakkan penglibatan lebih ramai belia dalam gerakan koperasi di negara ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata gerakan koperasi merupakan antara platform terbaik golongan belia mengukuhkan kerjasama sesama belia dalam bidang keusahawanan dan koperasi.

Katanya setakat Disember tahun lepas daripada lebih 15,000 koperasi berdaftar di Malaysia, hanya 207 koperasi melibatkan golongan belia dengan keanggotaan seramai 99,954 orang dan perolehan sebanyak RM26.60 juta.

“Berdasarkan statistik itu, masih banyak ruang boleh diperkasa dan dilipatgandakan bagi meningkatkan penglibatan belia dalam koperasi.

SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more “Ini memerlukan kerjasama semua pihak terutamannya antara kerajaan dan kalangan belia serta penglibatan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya menerusi kenyataan sempena Sidang Kemuncak Koperasi Belia Asia Pasifik di sini hari ini.

Sabah buat julung kalinya dipilih menjadi tuan rumah sidang tiga hari itu berakhir pada Ahad ini (30 Julai) yang dihadiri 186 peserta dari 19 negara.

“Saya berharap melalui pemilihan Sabah sebagai tuan rumah dapat meningkatkan minat golongan belia terutamanya Sabah untuk melibatkan diri dalam gerakan koperasi bagi menjana pendapatan negara,” katanya.