Kor Ming perlu letak jawatan, jangan ikut Akmal - Puad

LocalPolitics
12 Jul 2026 • 1:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kor Ming perlu letak jawatan, jangan ikut Akmal - Puad
Mohd Puad Zarkashi (kiri), Akmal Saleh (tengah) dan Kor Ming

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming supaya segera meletakkan jawatan serta tidak terus memberikan pelbagai alasan.

Menurut beliau, Kor Ming perlu menjaga integriti diri, parti dan Kerajaan Perpaduan dengan mengambil langkah berundur daripada jawatan menteri.

"Saya mahu menasihatkan Nga Kor Ming letak jawatan segera sebagai Menteri KPKT. Jangan bagi banyak alasan. Jaga integriti kamu, parti kamu dan kerajaan perpaduan," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Ahad.

Mohd Puad berkata, beliau sendiri pernah mengambil keputusan meninggalkan parti ketika parti berada dalam keadaan kukuh dan tidak menyesali keputusan berkenaan walaupun kehilangan jawatan sebagai Ahli MKT UMNO.

[RASMI] PRN Johor: Pas hilang kubu terakhir

PRN Johor: Kekalahan PN sudah dijangka, pengerusi perlu bertanggungjawab letak jawatan

"Ikut macam saya. Bila saya mahu keluar parti, saya tetap keluar parti. Saya sebut, saya keluar parti ketika parti berada dalam kedudukan kuat. Ternyata betul, BN menang 48 kerusi.

"Tetapi saya tidak kesal kerana mesej saya sampai walaupun saya turut hilang jawatan MKT," katanya.

Dalam kenyataan sama, Mohd Puad turut mengaitkan isu itu dengan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

Beliau mendakwa Muhamad Akmal sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan, namun keputusan itu tidak diteruskan dan sebaliknya diberikan pelbagai alasan.

"Jangan ikut perangai Akmal. Dia kata mahu letak jawatan. Tetapi tidak jadi. Dia bagi berbagai alasan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Pokoknya dia tidak ada integriti," tambahnya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved