Letak jawatan? Kor Ming pertahan pendirian, jelaskan jika Najib dibebaskan

LocalPolitics
12 Jul 2026 • 2:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan beliau kekal dengan pendirian berhubung isu peletakan jawatan, yang menurutnya berkait rapat dengan prinsip mempertahankan kewibawaan sistem kehakiman negara.

Dalam kenyataan hari ini, Nga yang juga Timbalan Pengerusi DAP mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, selain menyifatkan kemenangan dua pertiga majoriti itu sebagai amanah besar yang perlu dipikul dengan penuh integriti.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional atas kemenangan di PRN Johor semalam. Proses demokrasi perlu dihormati oleh semua pihak.
“Sesungguhnya kemenangan 2 per 3 majoriti ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab berat yang perlu dipikul oleh BN dengan penuh berintegriti.
“Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang menyokong Pakatan Harapan dan petugas serta sukarelawan yang bertungkus lumus untuk memenangi Pakatan Harapan.
“Walaupun kami tidak menang kali ini, besok masih ada.
“Pakatan Harapan tetap komited dan cakna untuk terus bekerja kuat dan berbakti kepada rakyat dan negara,” jelas beliau.

Image from: Letak jawatan? Kor Ming pertahan pendirian, jelaskan jika Najib dibebaskan

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pengundi yang menyokong Pakatan Harapan (PH), selain menghargai komitmen petugas dan sukarelawan yang bekerja sepanjang tempoh pilihan raya.

Mengulas mengenai desakan supaya beliau meletakkan jawatan, Nga berkata kenyataannya dalam wawancara eksklusif bersama Oriental Daily perlu dilihat berdasarkan pendiriannya sebagai seorang peguamcara dan peguambela Mahkamah Tinggi Malaya.

Image from: Letak jawatan? Kor Ming pertahan pendirian, jelaskan jika Najib dibebaskan

Artikel lain: Dituntut letak jawatan, Kor Ming jawab – “Hati saya bersama rakyat, mari kita bekerja untuk negara”

Menurut beliau, pendirian itu konsisten sejak dahulu iaitu kewibawaan sistem kehakiman negara perlu dipertahankan demi memastikan prinsip kedaulatan undang-undang terus dihormati.

“Yang saya nyatakan semasa wawancara tersebut merupakan pendirian saya sebagai seorang peguamcara dan peguambela Mahkamah Tinggi Malaya yang konsisten sepanjang masa iaitu kewibawaan sistem kehakiman negara perlu dipertahankan.
“Jika Datuk Seri Najib yang mengakibatkan rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung hutang 1MDB sebanyak RM51.4 billion boleh dilepaskan tanpa menjalankan hukuman yang setimpal dengan kesalahan walaupun sudah didapati bersalah, ia bermakna kewibawaan sistem kehakiman negara ini telah digadai dan prinsip kedaulatan undang-undang sepertimana yg termaktub dalam RUKUN NEGARA juga tidak lagi dihormati.

Image from: Letak jawatan? Kor Ming pertahan pendirian, jelaskan jika Najib dibebaskan

“Sekiranya keadaan sedemikian berlaku, demi mempertahankan integriti sistem kehakiman negara kita yang tercinta, saya sudi letak jawatan sebagai anggota jemaah Menteri.
“Perkara ini tidak ada kaitan dengan soal peribadi, sebaliknya ia merupakan satu soal prinsip utama.
“Saya kekal berpegang teguh dengan prinsip ini.
“BERANI KERANA BENAR,” tegas beliau.

Sumber: FB Nga Kor Ming

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved