“Korang ingat dia cikai ke” – Pendedahan Zainal Abidin Pasal Lagu Puteri Jadi Bahan Jenaka, Warganet Tampil ‘Back Up’

Entertainment
20 Dec 2023 • 1:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, penyanyi legenda Datuk Zainal Abidin ada membuat pendedahan bahawa lagu hitnya Puteri pernah menjadi rebutan dengan penyanyi antarabangsa, Celine Dion yang bukan calang-calang orangnya.

Namun begitu, sesetengah generasi muda memperkecilkan pendedahan Zainal Abidin itu, tanpa mereka sedar, Zainal Abidin ini juga sebenarnya bukanlah calang-calang penyanyi di Malaysia.

“Korang ingat dia ni cikai-cikai ke?”

Muncul satu video yang menunjukkan temu ramah Zainal Abidin namun disunting berlatar belakangkan lagu Dunia Khalayan yang menggambarkan seolah-seolah penyanyi lagu Puteri ini delusional.

Terpanggil dengan perkongsian itu, ramai warganet yang difahamkan terdiri daripada golongan 80-an dan 90-an tampil memberikan respon menegaskan taraf Zainal Abidin bukanlah biasa-biasa sahaja.

Ada antara mereka menegaskan bahawa industri hiburan pada zaman 90-an jauh lebih bagus kerana ada segelintir artis yang sudah mencipta nama di luar negara.

Malah ada juga yang menegaskan bahawa muzik yang dihasilkan Zainal Abidin ini sangat padat dengan mesej dan makna yang mendalam.

image is not available

image is not available image is not available image is not available

Alamak, salah bual ni, min sendiri akui dengan kehebatan Zainal Abidin ini. Rasanya boleh try Google siapa komposer lagu ni.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.