Korang Yang Ada Saman PERKESO Ataupun Bekerja Sendiri, Wajib Pergi Alor Gajah Sabtu Ni! Ada Diskaun Sampai 80%!

LocalSales & Promo
15 Oct 2026 • 4:18 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Siapa kat sini yang tinggal kat area Melaka, Negeri Sembilan, atau Johor? Haa, admin ada berita gembira gila nak kongsi dengan korang!

Kalau sebelum ni korang rasa gundah-gulana sebab ada kompaun atau faedah kelewatan caruman PERKESO, ataupun korang yang kerja sendiri tapi masih tak ada perlindungan keselamatan sosial, korang memang wajib serbu Alor Gajah, Melaka Sabtu ni.

Diskaun Khas Zon Selatan: Potongan Sampai 80%!

Buat julung kalinya, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi PERKESO bakal menawarkan diskaun sehingga 80 peratus bagi Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) sempena penganjuran Program i LINDUNG u Gegar @ Melaka.

Inisiatif khas ini dibuka kepada majikan sekitar Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor bagi membantu menyelesaikan bayaran kompaun serta mengurangkan beban kewangan perniagaan. Langkah ini sekurang-kurangnya memberi ruang kepada pemilik perniagaan untuk meneruskan operasi tanpa menjejaskan kebajikan dan keselamatan pekerja mereka.

Berita Baik Buat Golongan Kerja Sendiri Dan Freelancer

Image from: Korang Yang Ada Saman PERKESO Ataupun Bekerja Sendiri, Wajib Pergi Alor Gajah Sabtu Ni! Ada Diskaun Sampai 80%!

Bukan untuk majikan sahaja, bagi korang yang bekerja sendiri seperti peniaga atas talian, petani, penternak, penggiat seni, atau pekerja bebas dalam 17 sektor bukan mandatori, PERKESO turut menyediakan Geran Padanan caruman LINDUNG Kendiri dengan subsidi sehingga 70 peratus bagi pendaftaran kali pertama.

Manakala bagi individu yang ingin memperbaharui caruman pulak, subsidi sebanyak 50 peratus disediakan untuk memastikan perlindungan keselamatan sosial dapat diteruskan. Selain itu, kaunter khas untuk daftar semula (opt-in) dalam Skim LINDUNG 24 Jam turut disediakan sepanjang program berlangsung.

Pelbagai Aktiviti Menarik, Makanan Dan Kemunculan Artis Popular

Image from: Korang Yang Ada Saman PERKESO Ataupun Bekerja Sendiri, Wajib Pergi Alor Gajah Sabtu Ni! Ada Diskaun Sampai 80%!

Selain urusan caruman, penganjuran yang menyasarkan sehingga 15,000 pengunjung ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan hiburan keluarga. Antara daya tarikan utama termasuklah pencarian 20 asam pedas terbaik Melaka, jualan makanan foodtruck, serta pertandingan sukan rakyat seperti dam haji, karom, congkak, dan batu seremban.

Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan barisan selebriti popular tanah air seperti Bell Ngasri, Zaki Yamani, Santesh, Amelina, dan Haiza Hanafi. Pelbagai agensi kerajaan di bawah KESUMA seperti HRD Corp, PTPK, TalentCorp, JTK, dan MITRA turut membuka kaunter khidmat nasihat secara terus kepada awam.

Majlis akan dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan.

Image from: Korang Yang Ada Saman PERKESO Ataupun Bekerja Sendiri, Wajib Pergi Alor Gajah Sabtu Ni! Ada Diskaun Sampai 80%!

Program i LINDUNG u Gegar @ Melaka

Lokasi: Dataran Keris, Alor Gajah, Melaka
Tarikh: 17 Oktober 2026
Waktu: 10.00 pagi hingga 6.00 petang

Jangan lepaskan peluang emas ini dan ajak seluruh ahli keluarga serta rakan-rakan untuk hadir. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai skim perlindungan, korang boleh layari portal rasmi PERKESO di www.perkeso.gov.my.

The post Korang Yang Ada Saman PERKESO Ataupun Bekerja Sendiri, Wajib Pergi Alor Gajah Sabtu Ni! Ada Diskaun Sampai 80%! appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved