“Kacau, Ambil Hak Aku, Tunggu Sat, Malu Tolak Tepi” – Syatilla Melvin

Family & Parenting
14 Oct 2026 • 9:57 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Rumusan Artikel

  • Syatilla Melvin tampil bersuara susulan isu melibatkan adiknya, Syida Melvin.

  • Syatilla menegaskan dia sangat menyayangi anak-anak saudaranya seperti anak sendiri.

  • Dia memberi amaran sekiranya ada pihak yang mengganggu atau mengambil hak keluarganya.

  • Syida sebelum ini mendakwa bekas suaminya menghina ibu bapanya di hadapan anak-anak.

Pelakon, Syatilla Melvin tampil bersuara susulan pendedahan adiknya, Syida Melvin, yang mendakwa bekas suaminya menghina ibu bapa mereka di hadapan anak-anak.

Menerusi perkongsian di media sosial, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin menegaskan kasih sayangnya terhadap anak-anak saudara tidak pernah berbelah bahagi.

Advertisement
View this post on Instagram

Malah, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu menganggap anak-anak saudaranya seperti anak kandung sendiri dan tidak boleh menerima sekiranya mereka dilayan dengan buruk.

“Saya ni kan tahap sayang anak-anak saudara, apa yang anak-anak saya dapat mereka pun akan dapat juga.”

“Mereka dari baby membesar dengan mak saudara.”

“Tapi jangan layan dengan buruk budak-budak itu, saya memang tidak boleh sebab dah sayang macam anak sendiri.”

Syatilla akui kini lebih matang

Dalam pada itu, Syatilla mengakui dirinya kini lebih matang dan banyak belajar untuk melepaskan perkara yang tidak perlu berbanding ketika zaman mudanya.

Bagaimanapun, dia memberi amaran bahawa dirinya tetap akan bertindak sekiranya ada pihak yang mengganggu atau cuba mengambil hak keluarganya.

“Cuma sekarang ni darah panas, susah nak naik berbanding zaman dahulu. Banyak benda yang saya belajar untuk lepaskan.”

“Tapi kalau awak kacau saya dan ambil hak saya, tunggu kejap. Malu saya tolak tepi.”

Syida dakwa bekas suami hina ibu bapanya

Sebelum ini, Syida Melvin mendakwa bekas suaminya menghina kedua-dua ibu bapanya di hadapan anak-anak.

“Saya Jual Laici Kang Dekat Kampung Pun Diejek” – Syida Melvin Dakwa Bekas Suami Hina Dirinya

Menurut Syida, anak-anak memaklumkan perkara tersebut kepadanya selepas meluangkan masa bersama bapa mereka pada malam berkenaan.

Syida turut mendakwa dia selama ini memilih untuk berdiam diri dan menjaga aib bekas suaminya, namun mendakwa keadaan berubah selepas ibu bapanya didakwa turut dihina.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Kacau, Ambil Hak Aku, Tunggu Sat, Malu Tolak Tepi” – Syatilla Melvin2026-10-13 16:13:34

“Saya Jual Laici Kang Dekat Kampung Pun Diejek” - Syida Melvin Dakwa Bekas Suami Hina Dirinya

 

The post “Kacau, Ambil Hak Aku, Tunggu Sat, Malu Tolak Tepi” – Syatilla Melvin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved