Korban gempa bumi Venezuela meningkat 6,438

18 Aug 2026 • 8:14 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Korban gempa bumi Venezuela meningkat 6,438

CARACAS: Angka kematian akibat dua gempa bumi yang melanda Venezuela pada Jun meningkat kepada 6,438 orang, menurut angka rasmi terbaharu yang diumumkan semalam.

Hampir dua bulan selepas bencana itu berlaku, anggota keluarga dan pasukan penyelamat masih giat mencari mangsa yang hilang di bawah runtuhan.

Speaker Parlimen, Jorge Rodriguez, berkata angka kematian terbaharu itu meningkat daripada 6,301 orang yang direkodkan minggu lalu.

Gempa bumi masing-masing berukuran 7.2 dan 7.5 skala Richter itu melanda kawasan berhampiran pantai Venezuela pada 24 Jun, menyebabkan sekurang-kurangnya 190 bangunan runtuh.

Pihak berkuasa menganggarkan sekurang-kurangnya 60,000 rumah terjejas, termasuk 24,000 yang tidak lagi selamat untuk didiami.

Ribuan penduduk yang kehilangan tempat tinggal masih berlindung di kem sementara dalam keadaan serba kekurangan.

Di Caracas, hujan lebat pada hujung minggu lalu turut memusnahkan beberapa khemah yang menempatkan mangsa gempa.

Kerajaan Presiden sementara, Delcy Rodriguez, berjanji menyediakan kediaman baharu kepada mangsa yang terjejas.

Bagaimanapun, setakat ini hanya 335 rumah disediakan daripada 4,000 unit yang dijanjikan menjelang akhir tahun.- AFP

The post Korban gempa bumi Venezuela meningkat 6,438 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved