Korban Maysak meningkat 159 orang

WorldEnvironment
22 Aug 2026 • 4:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Korban Maysak meningkat 159 orang

BEIJING – Angka korban akibat banjir besar yang melanda selatan China meningkat kepada 159 orang, manakala 10 lagi masih hilang, lapor laman berita The Standard.

Taufan Maysak menyebabkan kemusnahan di beberapa kawasan di selatan China dengan membawa hujan lebat dan banjir besar ke Guangxi, bulan lalu. Ketika itu, media pemerintah melaporkan, 39 orang terkorban di wilayah tersebut. 

Badan penyiaran pemerintah, China Central Television (CCTV) melaporkan bahawa bencana itu  menyebabkan 159 kematian dan 10 lagi masih hilang setakat semalam. 

CCTV tidak memberikan penjelasan tentang punca angka kematian yang meningkat dan  diumumkan kira-kira enam minggu selepas banjir berlaku. 

“Maklumat ini diperoleh hasil mesyuarat berasingan yang diadakan di Nanning dan Guigang, Guangxi bagi membincangkan usaha pemulihan serta pembinaan semula susulan bencana Taufan Maysak. 

“Pada masa ini, kedua-dua kawasan telah memasuki fasa pemulihan dan pembinaan semula pasca bencana,” lapor CCTV. 

Sebanyak 26 kematian yang dilaporkan pada Julai lalu dikaitkan dengan kejadian empangan pecah di Takungan Liulan. – AGENSI

The post Korban Maysak meningkat 159 orang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved