Korban serangan Houthi di lapangan terbang Arab Saudi meningkat

WorldPolitics
16 Oct 2026 • 9:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Korban serangan Houthi di lapangan terbang Arab Saudi meningkat

RIYADH: Sebanyak 19 orang terbunuh manakala 364 lagi cedera dalam serangan kumpulan Houthi dari Yemen ke atas beberapa lapangan terbang di Arab Saudi, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dan Lapangan Terbang Antarabangsa Abha.

Jumlah itu disahkan oleh jurucakap gabungan tentera pimpinan Arab Saudi, Turki al-Maliki dalam sidang media yang disiarkan oleh stesen televisyen berita Saudi, Al Ekhbariya.

“Serangan Houthi ke atas Arab Saudi semakin meningkat sejak awal Oktober, susulan peningkatan ketegangan oleh kumpulan yang disokong Iran itu terhadap Arab Saudi sejak Julai.

“Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh menjadi sasaran 20 serangan Houthi sejak awal Oktober.

“Seramai 17 orang terbunuh manakala 333 lagi cedera dalam serangan ke atas lapangan terbang itu antara 7 hingga 11 Oktober,” katanya.

Menurut jurucakap itu, dua orang turut terbunuh manakala 28 lagi cedera dalam serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di wilayah Asir, barat daya Arab Saudi.

Berdasarkan angka gabungan tentera itu, tiga lagi cedera dalam serangan yang menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdullah di wilayah Jazan, barat daya negara berkenaan.

Menurut sumber rasmi Arab Saudi, lima lapangan terbang di negara itu, termasuk lapangan terbang utama di Riyadh menjadi sasaran serangan Houthi sejak 5 Oktober.

Serangan berkenaan mengakibatkan kematian, kecederaan, kerosakan harta benda serta gangguan kepada trafik udara.

The post Korban serangan Houthi di lapangan terbang Arab Saudi meningkat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved