Pegawai AKPS maut: Suami serah diri ke balai polis selepas tikam isteri, pisau dirampas

16 Oct 2026 • 2:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pegawai AKPS maut: Suami serah diri ke balai polis selepas tikam isteri, pisau dirampas
Seorang lelaki yang dipercayai suami kepada pegawai wanita Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditemukan maut, dibawa oleh anggota polis berhampiran kediaman di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membantu siasatan.
Image from: Pegawai AKPS maut: Suami serah diri ke balai polis selepas tikam isteri, pisau dirampas
Suami mangsa berusia lingkungan 30-an direman hingga 22 Oktober bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Gambar kecil: Allahyarham Norhazwani

SEREMBAN – Seorang lelaki hadir menyerah diri di balai polis selepas dipercayai menikam isterinya sehingga maut di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam Jumaat.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.30 malam semalam.

Menurutnya, seorang lelaki tempatan menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor memaklumkan mengenai kematian isterinya.

"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian dan menemukan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri.

**media[3679983]**

“Pemeriksaan awal Bahagian D10 Forensik Kontinjen Negeri Sembilan mendapati mangsa mengalami kecederaan disyaki akibat tikaman dan sebilah pisau serta beberapa barang kes lain dirampas bagi membantu siasatan.

“Mangsa ialah pegawai kastam yang telah bertukar ke skim perkhidmatan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) berkuat kuasa 1 Julai,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, pasukan perubatan Klinik Kesihatan Nilai mengesahkan kematian mangsa.

Alzafny berkata, punca kejadian dipercayai akibat perselisihan rumah tangga.

Menurutnya, suami mangsa yang berusia lingkungan 30-an direman hingga 22 Oktober bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved