Korea Selatan hantar Malaysia ke aksi penentuan ketujuh kelapan

8 Jun 2024 • 11:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aksi Faizal (kiri) dan pemain Korea Selatan semasa perlawanan klasifikasi penentuan kelima kelapan Piala Negara-Negara di Stadium Nasional, Gniezno, Poland pada Sabtu. Foto FIH

HASRAT skuad hoki negara untuk menamatkan kempen Piala Negara-Negara dalam kelompok lima terbaik tidak kesampaian apabila tewas 3-4 kepada Korea Selatan dalam perlawanan klasifikasi penentuan kelima hingga kelapan di Stadium Nasional, Gniezno, Poland pada Sabtu.

The Speedy Tigers yang berstatus nombor 12 dunia kendalian Sarjit Singh terlebih dulu di depan menerusi jaringan gol padang yang dijelmakan Faizal Saari pada minit ke-16.

Korea Selatan berstatus nombor 14 dunia kemudiannya menyamakan kedudukan hasil sentuhan pukulan sudut penalti Kim Sung-yeob pada minit ke-26.

Gol itu ternyata menyuntik motivasi pemain-pemain Korea Selatan apabila melebarkan jaringan menerusi gol padang minit ke-28, Seo Inwoo.

Biarpun begitu Faizal sekali lagi memanfaatkannya kealpaan pertahanan lawan untuk gol kedua peribadi hasil pukulan penalti stroke minit ke-30 untuk kedudukan 2-2.

Speedy Tigers kembali memimpin permainan apabila pukulan sudut penalti minit ke-35 Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal berjaya dijelmakan dalam bentuk jaringan.

Namun Korea Selatan yang tidak mengalah membutirkan dua gol menerusi pukulan sudut penalti masing-masing dijelmakan Lim Dohyun (m-38) dan Rim Jinkang (m-47) untuk kedudukan 4-3 hingga tamat perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan Speedy Tigers akan berdepan pasukan ranking 19 dunia, Austria bagi perlawanan penentuan kedudukan ketujuh dan kelapan.

Austria sebelum itu dijinakkan Kanada 1-3 menerusi penentuan penalti shoot-out dalam aksi sama selepas terikat 1-1.

“Ia bukanlah keputusan yang diinginkan, malah prestasi paling mengecewakan apabila tewas sekali lagi selepas mendahului.

“Dalam empat minit terakhir, kami meningkatkan tekanan tetapi Korea Selatan menutup semua laluan untuk menjaringkan gol.

“Esok kami mesti tampil lebih baik dan memenangi perlawanan menentang Austria,” kata Sarjit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved