Korea Selatan keluarkan amaran malaria di seluruh negara

WorldHealth & Fitness
14 Aug 2026 • 6:22 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Korea Selatan keluarkan amaran malaria di seluruh negara

SEOUL: Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan mengeluarkan amaran malaria di seluruh negara selepas mengesan parasit penyebab penyakit itu dalam nyamuk.

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) berkata, bahan genetik parasit malaria Plasmodium vivax dikesan dalam nyamuk Anopheles yang dikumpulkan di Paju dan Yeoncheon County, utara Korea Selatan antara 27 Julai hingga 2 Ogos.

“Pengesanan parasit dalam nyamuk pembawa bermakna kemungkinan dijangkiti malaria melalui gigitan nyamuk akan meningkat,” menurut agensi itu dalam satu kenyataan.

Amaran di seluruh negara itu dikeluarkan susulan nasihat berkaitan malaria pada 22 Jun berikutan peningkatan jumlah nyamuk pembawa penyakit berkenaan.

Amaran kemudian dikeluarkan di lima kawasan susulan kelompok kes malaria serta peningkatan populasi nyamuk.

Kes malaria di Korea Selatan secara sejarahnya tertumpu di kawasan berhampiran Zon Demilitarisasi (DMZ) yang memisahkan negara itu dengan Korea Utara, namun kawasan berisiko semakin meluas sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Penduduk serta pelawat di kawasan berisiko malaria turut dinasihatkan mengelakkan aktiviti luar pada waktu malam, memakai pakaian yang menutupi tubuh, menggunakan penghalau nyamuk, jaring dan kelambu.

Mereka yang mengalami gejala disyaki malaria, termasuk demam dan menggigil, dinasihatkan menjalani ujian di pusat kesihatan awam atau kemudahan perubatan.-AGENSI

The post Korea Selatan keluarkan amaran malaria di seluruh negara appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved