Korea Utara Didakwa Hantar Belon Berisi Sampah & Najis Ke Korea Selatan

Entertainment
30 May 2024 • 12:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pembahagian Korea kepada Korea Utara dan Korea Selatan bermula pada tahun 1945 apabila pihak Berikat menang dalam Perang Dunia Kedua yang mengakhiri pemerintahan tentera Empayar Jepun selama 35 tahun di Korea.

Sejak daripada itu, kedua-dua negara itu berdiri sendiri dan sentiasa dalam keadaan yang tegang.

Terbaru, terdapat dakwaan dari Korea Selatan di mana negara mereka ‘diserang’ belon berisi sampah dari Korea Utara.

Kira-kira lebih 90 belon diterbangkan ke Korea Selatan, lebih menggelikan, belon itu dikatakan berisi sampah serta najis.

Menurut laporan Harian Metro, tentera Korea Selatan berkata, objek tidak dikenal pasti itu dilihat berhampiran sempadan dan perkara itu menggesa orang ramai menjauhkan diri serta melaporkan kejadian itu kepada tentera atau polis.

Naib menteri pertahanan Korea Utara mengeluarkan kenyataan pada Ahad lalu, berikrar untuk mempertahankan diri dan memberi amaran bahawa timbunan kertas buangan dan kotoran akan dihantar ke Korea Selatan sebagai tindak balas kepada ‘perkara kotor’ yang pernah memasuki negara itu.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.