Koreografi Memukau, 6 Lagu K-Pop Ini Tarik Perhatian Ramai Sehingga Tular Di Tiktok

Music
13 Oct 2023 • 4:03 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Aplikasi TikTok semakin popular dalam kalangan remaja sekarang.

Jadi kali ini KimchiDaily nak kongsikan 6 lagu K-Pop yang tular pada tahun 2023 di TikTok, sehingga mendapat jutaan penonton.

Fever – Enhypen

@nianaguerrero pls this is so addicting @enhypen ♬ FEVER – ENHYPEN

‘Fever’ telah menjadi salah satu lagu yang popular di TikTok. Enhypen juga mengeluarkan video muzik lagu itu selepas ia mula mendapat tarikan ramai. Tetapi apa yang benar-benar menarik perhatian orang ramai ialah koreografi pada korus lagu tersebut yang tidak lama kemudian menjadi tular di TikTok. Penari terkenal seperti Niana Guerrero dan Nate BBGO memulakan trend terbabit sehingga mendapat perhatian ramai.

What Is Love – Twice

‘What Is Love’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Twice adalah salah satu lagu terbaik bagi kumpulan itu. Walaupun ia sudah lama dikeluarkan, ‘What Is Love’ menjadi trend di TikTok pada Julai lepas. Beribu-ribu pengguna TikTok menari berlatar belakangkan lagu itu dengan beberapa video yang mendapat jutaan tanda suka.

Bang Bang Bang – BIGBANG

‘BANG BANG BANG’ daripada kumpulan BIGBANG ini ialah antara lagu yang mesti diketahui oleh peminat K-Pop. Lapan tahun selepas dikeluarkan, ‘BANG BANG BANG’ masih hangat dan masih diperkatakan kerana ia menjadi tular di TikTok. Versi campuran semula lagu itu telah memasuki aplikasi TikTok dan menjadi trend tarian utama pada awal tahun ini.

Fine – Taeyeon

Ahli dan ketua Girl’s Generation Taeyeon mengeluarkan lagu ‘Fine’ pada tahun 2017 dan ianya merupakan salah satu lagu terbaiknya setakat ini. Lagu ini bukan sahaja menunjukkan vokal mengagumkan Taeyeon, tetapi ia juga mempunyai mesej yang boleh menaikkan semangat. Lagu itu menjadi tular di TikTok dan digunakan sebagai bunyi iringan untuk video sedih.

Pretty Savage – BLACKPINK

Semua lagu yang dikeluarkan oleh kumpulan gadis popular BLACKPINK ini mesti akan mendapat perhatian ramai. Walaupun lagu asal ‘Pretty Savage’ sudah begitu sedap untuk didengari, tetapi versi yang menjadi viral ialah hasil campuran semula oleh pengguna TikTok. Versi ini berjaya menjadikan lagu itu lebih popular apabila beribu-ribu pengguna mencuba cabaran tarian baharu di TikTok.

Unforgiven – Le Sserafim

Sama seperti lagu-lagu hits Le Sserafim sebelum ini ‘Fearless’ dan ‘Antifragile’, koreografi memukau yang dicipta untuk lagu ‘Unforgiven’ telah menjadi satu trend baharu di TikTok. Sehingga sekarang masih ada yang remake tarian lagu tersebut dan mendapat banyak tanda suka daripada pengguna TikTok.

Korang rasa lagu mana paling menarik?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.