Tak Perlu Promosi, Jennie Kuasai Carta iTunes Dengan Lagu ‘You & Me’

Music
12 Oct 2023 • 9:58 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Lagu ‘You & Me’ yang dinyanyikan oleh Jennie BLACKPINK terus berada di tangga yang pertama dalam carta iTunes untuk empat hari berturut-turut.

Jennie menjadi satu-satunya artis K-pop wanita yang berjaya memegang masa terpanjang di tangga pertama dalam carta iTunes Songs.

Walaupun tanpa sebarang promosi, lagu tersebut mendaki carta dengan pantas selepas mendapat sokongan ramai yang memuji lagu tersebut.

Dalam satu muat naik @lyle0_0 di X, Jennie menduduki tempat pertama dalam dua carta iaitu European iTunes Song Chart dan Worldwide iTunes Song’s Chart.

Lagu penyanyi berusia 27 tahun itu berjaya mengatasi lagu ‘Paint the Town Red’ nyanyian Doja Cat serta lagu ‘3D’ nyanyian Jung-Kook BTS.

Jennie mengeluarkan lagu solo tersebut pada 6 Oktober lalu dalam dua versi iaitu versi original dan versi Coachella.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, netizen mengucapkan tahniah kepada Jennie dan mereka turut berasa bangga atas pencapaiannya berkenaan.

Tahniah Jennie..

image is not available

Semua ni tanpa album ataupun comeback

image is not available

Artis K-Pop solo pertama yang berjaya dapat nombor 1 dalam iTunes Songs Chart 2018

image is not available

Sebagai tambahan, Jennie pernah didakwa mempunyai hubungan dengan ahli kumpulan BTS, Kim Tae-Hyung atau lebih dikenali sebagai V.