Kos insurans tinggi dorong kenaikan inflasi kesihatan pada 2025

Business & Finance
11 Nov 2026 • 7:14 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kos insurans tinggi dorong kenaikan inflasi kesihatan pada 2025

PETALING JAYA: Inflasi kesihatan meningkat 3.0 peratus pada 2025 berbanding 1.3 peratus pada 2024, didorong lonjakan kos perkhidmatan kesihatan terutama perbelanjaan insurans kesihatan yang meningkat 9.1 peratus.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, perkhidmatan kesihatan mencatatkan peningkatan ketara 4.4 peratus berbanding 0.9 peratus pada 2024, yang disumbangkan oleh kelas perbelanjaan insurans berkaitan kesihatan yang meningkat berbanding 0.0 peratus pada 2024.

“Sementara itu, kategori ubat yang menyumbang wajaran terbesar iaitu 38.9 peratus dalam IHK mencatatkan peningkatan 2.8 peratus pada tahun 2025 berbanding 2.2 peratus pada tahun sebelumnya.

“Peningkatan ini didorong oleh kelas perbelanjaan Ubat-ubatan iaitu subkelas perbelanjaan ubat-ubatan, vaksin dan penyediaan farmaseutikal lain dan ubat-ubatan herba dan produk homeopati.

“Kedua-dua subkelas masing-masing meningkat 4.5 peratus pada 2025 berbanding 2.2 peratus dan 0.7 peratus pada 2024,” katanya dalam kenyataan.

Kategori peralatan kesihatan turut meningkat 1.1 peratus berbanding 0.6 peratus pada 2024 yang didorong oleh kelas perbelanjaan produk perubatan, 1.3 peratus berbanding 0.6 peratus pada 2024.

Peningkatan ini disumbangkan oleh subkelas perbelanjaan produk diagnostik perubatan yang mencatatkan kenaikan 1.6 peratus berbanding 0.3 peratus pada 2024.

Penyusunan IHK Malaysia merangkumi gabungan komponen berkaitan kesihatan daripada tiga kumpulan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) iaitu kumpulan kesihatan, kumpulan Insurans dan perkhidmatan kewangan dan kumpulan penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan.

IHK melengkapi indikator pengukuran inflasi berkaitan kesihatan yang boleh membantu kerajaan, pemegang taruh dan masyarakat mengenal pasti trend perubahan kos kesihatan, seterusnya menyokong proses perancangan, pelaksanaan dan pemantauan yang lebih berkesan dalam sektor kesihatan.

Sementara itu, DOSM berkata, indeks harga seunit pasir mencatatkan peningkatan pada Oktober 2026, dengan perubahan bulan ke bulan antara 0.3 peratus hingga 1.8 peratus di beberapa kawasan.

“Peningkatan tertinggi dicatatkan di Sandakan (1.8 peratus), diikuti dengan Kuching (0.8 peratus) dan Johor (0.5 peratus).

“Indeks harga seunit simen mencatatkan peningkatan kecil pada Oktober 2026, iaitu antara 0.1 peratus sehingga 0.4 peratus berbanding bulan lepas.

“Peningkatan bagi bahan ini telah direkodkan di Perak (0.4 peratus), Terengganu & Kelantan dan Kuching (masing-masing 0.3 peratus),” katanya.

Selain itu, indeks harga seunit besi juga mencatatkan penurunan pada Oktober 2026, dengan perubahan bulan ke bulan antara negatif 0.2 peratus hingga negatif 10.5 peratus di beberapa kawasan.

Penurunan dicatatkan di Perak (-10.5 peratus), diikuti dengan Terengganu & Kelantan (-3.6 peratus) dan Selangor, W.P. Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (-1.3 peratus). – UTUSAN

The post Kos insurans tinggi dorong kenaikan inflasi kesihatan pada 2025 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved