Kos makanan ternakan naik, penternak harap Belanjawan 2027 jadi penyelamat

LocalBusiness & Finance
8 Oct 2026 • 9:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kos makanan ternakan naik, penternak harap Belanjawan 2027 jadi penyelamat
Harga makanan ternakan seperti pelet kini semakin mahal berikutan peningkatan kos operasi termasuk susulan kenaikan harga diesel. Foto kecil: Kamarudin

PASIR PUTEH – Kenaikan kos makanan ternakan yang semakin membebankan menyebabkan penternak kecil berharap kerajaan memberi perhatian khusus kepada sektor itu menerusi Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

Penternak, Kamarudin Che Hat, 64, berkata, harga makanan ternakan seperti pelet kini semakin mahal berikutan peningkatan kos operasi termasuk susulan kenaikan harga diesel.

Menurut dia, keadaan itu memberi tekanan kepada penternak yang terpaksa menanggung kos lebih tinggi untuk memastikan ternakan terus mendapat makanan mencukupi.

"Saya sebagai penternak rusa dan lembu berharap dalam belanjawan tahun ini kerajaan dapat pertimbangkan nasib penternak seperti kami.

"Sekarang kos makanan yang kita beli di kedai terlalu mahal. Memandangkan harga diesel naik, tauke kedai pun kata harga pelet makanan binatang turut naik," katanya.

Kamarudin memberitahu, peningkatan harga makanan ternakan itu menyebabkan sebahagian penternak kecil sepertinya semakin sukar untuk menampung kos operasi harian.

Katanya, kerajaan diharapkan dapat menyediakan bantuan atau insentif yang bersesuaian bagi meringankan beban penternak, khususnya dalam aspek kos makanan ternakan.

"Kita sebagai penternak sudah tidak mampu nak beli makanan seperti sebelum ini kerana harganya semakin mahal.

"Jadi kita harap dalam belanjawan baharu ini, kerajaan pertimbangkanlah nasib penternak-penternak macam kami," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved