Kos Nak Buat Garisan Jalan ‘Glow in the Dark’ Hampir 20 Kali Ganda Mahal Dari Kaedah Konvensional

Cars
13 Jan 2024 • 4:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jalan raya di Jalan Sungai Lalang, Selangor dan jalan di daerah Padang Terap, Kedah merupakan antara jalan raya yang terawal di Malaysia yang dipasang garisan jalan bercahaya dalam gelap atau lebih dikenali sebagai jalan raya glow in the dark, lapor Berita Harian dan Kosmo.

image is not available

Penggunaan garisan jalan raya bercahaya dalam gelap itu sememangnya memudahkan pemandu kenderaan untuk memandu kereta mereka ketika waktu malam terutamanya di kawasan yang tiada lampu jalan.

Namun, rupa-rupanya, kos nak membuat garisan bercahaya dalam gelap di atas jalan raya itu adalah hampir 20 kali ganda mahal berbanding kaedah konvensional, lapor Berita Harian.

Menurut Datuk Seri Alexander Nanta Linggi iaitu Menteri Kerja Raya, kos tersebut yang amat mahal adalah sebanyak RM749 bagi setiap meter persegi berbanding kaedah biasa iaitu guna cat putih kerana kos untuk garisan biasa pula hanyalah menelan kos RM40 bagi setiap meter persegi.

image is not available

Difahamkan, pemasangan garisan bercahaya dalam gelap di beberapa daerah di Malaysia memang mendapat maklum balas positif dari pengguna jalan raya namun harganya yang berkali ganda lebih mahal membuatkan pihak kerajaan perlu membuat kajian lanjut tentang perkara itu.

Kos yang mahal itu juga telah mendapat reaksi yang negatif daripada netizen kerana ada yang berpendapat jika kos pemasangan garisan bercahaya itu sebegitu mahal, adalah lebih baik jika pihak kerajaan pasang lampu jalan saja.

image is not available

Namun, dalam masa yang sama, ada juga warganet yang mengatakan kos tersebut adalah lebih jimat berbanding pemasangan lampu jalan jenis solar.

image is not available

Apa pula pendapat korang tentang jalan raya glow in the dark ini?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.