Kos Pembersihan Boleh Cecah RM6,000, Lelaki Buat Amal Jariah Cuci Masjid Tular Di Tumpat Yang Dipenuhi Najis Secara Percuma [Video]

7 Oct 2026 • 1:04 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Kos Pembersihan Boleh Cecah RM6,000, Lelaki Buat Amal Jariah Cuci Masjid Tular Di Tumpat Yang Dipenuhi Najis Secara Percuma [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai kejadian di Masjid Al-Aziz Al-Hadi, Kota SPP Warisan, Tumpat, Kelantan yang dicemari dengan najis akibat perbuatan individu tidak bertanggungjawab.

Insiden itu nyata mendapat perhatian hingga ramai yang mengecam perbuatan individu terbabit yang mencemarkan kesucian rumah ibadat serta mendakwa dia sengaja melakukan provokasi.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Individu Pakai Helmet Didakwa Tabur Najis Dalam Masjid Di Kelantan [Video]

Lelaki Buat Amal Jariah, Bantu Cuci Masjid Dicemari Najis Secara Percuma

Namun di sebalik kejadian itu, seorang individu tampil menghulurkan bantuan dengan memberi perkhidmatan mencuci dan mensertu masjid tersebut secara percuma selepas terkena cecair kumbahan yang disyaki najis babi.

Jelas lelaki yang dikenali sebagai Mohd Hanif Mohammad Noor, kos keseluruhan perkhidmatan mencuci terbabit boleh mencecah sehingga RM6,000.

“Saya tak tergamak nak ambil bayaran kerana kosnya agak mahal malah boleh mencecah RM6,000 jika ikut keluasan kawasan terbabit.

“Jadi saya anggap apa dilakukan itu sebagai amal jariah dengan niat membantu pihak masjid,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Pihak Pengurusan Masjid Hubungi Minta Bersihkan, Syak Najis Babi Kerana Pernah Hidu Bau Sama

Kongsi Hanif yang menetap di Rantau Panjang, Kelantan, dia telah dihubungi oleh pihak pengurusan masjid berkenaan untuk membersihkan najis tersebut pada pagi Isnin (5 Oktober) lalu.

“Sebaik tiba di masjid, saya dapati bau najis pada permaidani itu seperti najis babi kerana pernah terbau yang sama.

“Cuma tak pasti kebenarannya dan disebabkan was-was, saya maklumkan kepada pihak pengurusan masjid.

“Kemudian, saya minta izin untuk sertu sebelum bersihkannya bermula Isnin dan disambung ke hari ini (Selasa),” katanya.

Hanif Dibantu 2 Pekerja, Pernah Sertu & Bersih Kawasan Masjid Yang Diceroboh Anjing Serta Babi

Jelas Hanif yang menawarkan khidmat pembersihan sejak lapan tahun lalu, dia tidak bersendirian melakukan pekerjaan berkenaan dan terdapat dua orang pekerja dalam pasukannya.

Difahamkan, kerja menyertu masih berjalan sehingga semalam (6 Oktober) dan proses pembersihan akan dijalankan pada hari ini (7 Oktober).

“Sebelum ini, saya pernah menyertu dan membersihkan kawasan masjid yang diceroboh masuk anjing serta babi.

“Tak rumit kerana tahu laluan haiwan berkenaan tapi kali ini najis basah jadi ia merebak hingga banyak tempat perlu diperiksa.

“Kena cuci kawasan terbabit kemudian sertu hari ini dan esok (Rabu) akan bersihkan lagi. Jangkaannya siap esok (Rabu) dan boleh digunakan semula sebelum Jumaat (9 Oktober),” katanya.

Lelaki Syukur Dapat Bantu Masjid Ikut Kemampuan

Kongsi Hanif yang merupakan bapa kepada tiga anak itu, dia bersyukur kerana dapat menghulurkan bantuan kepada pihak masjid mengikut kemampuan.

“Jujurnya sedih bila jadi kes sebegini namun saya difahamkan pihak masjid sudah membuat laporan polis.

“Jadi biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut cuma berharap kejadian sama tidak berulang,” katanya.

Perkongsian Hanif sebelum ini mendapat perhatian warganet apabila dia berkongsi mendapat panggilan daripada pihak masjid yang meminta dia membantu menyelesaikan isu berkenaan.

Apa yang menjadi perhatian adalah dia sendiri memaklumkan kepada pihak masjid agar tidak membuat apa-apa bayaran kerana tidak tergamak untuk mengenakan sebarang caj apabila melihat keadaan itu.

Jalani Proses Sertu & Bersih Najis Ikut Panduan MAIK

Malah, menerusi video yang dimuat naik oleh Hanif, dia turut memberikan perkembangan terkini mengenai proses cucian najis di masjid berkenaan.

Jelasnya, dia telah selesai membuang najis dan kesannya serta menghilangkan bau pada permaidani masjid berkenaan sebelum meneruskan dengan proses menyertu.

Kongsi Hanif, dia melakukan proses pembersihan tersebut mengikut garis panduan yang pernah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Terdahulu, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakan seorang individu yang dilihat berjalan di dalam masjid sambil membawa satu tong di atas bahunya.

Menerusi video tular, kelihatan cecair dipercayai najis keluar daripada tong yang dibawa sehingga mencemari kawasan masjid berkenaan.

Ekoran kejadian terbabit, polis menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti suspek, motif kejadian, jumlah kerosakan dan kerugian yang terlibat.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 295 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Baca Artikel Berkaitan:

Tular Individu Pakai Helmet Didakwa Tabur Najis Dalam Masjid Di Kelantan [Video]
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved