Malaysia ialah negara berbilang kaum yang unik dan harmoni. Ada pelbagai ragam rakyat yang ingin terus maju ke hadapan untuk menjadikan kehidupan lebih selesa. Untuk terus melangkah ke hadapan bersama negara, rakyat perlu mengamalkan beberapa cara hidup positif.
Perpaduan kaum sangat penting untuk negara kita. Saling menghormati antara budaya dan agama membantu mewujudkan keharmonian masyarakat. Rakyat harus menjaga alam sekitar melalui amalan kitar semula dan mengurangkan pencemaran.
Keharmonian antara individu dengan alam sekitar juga salah satu cara yang positif untuk majukan negara kita. Kenapa kita mengatakan perkara seperti ini kerana , alam sekitar yang bersih dan selesa membuatkan kesihatan setiap generasi akan terjaga dan penyakit yang datang juga akan berkurangan. Persekitaran bersih dan penuh kehijauan akan membantu generasi untuk berekreasi dengan selesa. Kepenatan akan hilang, jika mata memandang kehijauan flora dimana-mana tempat seperti taman kecil pejabat, rumah atau tempat berekreasi.
Selain itu, pendidikan perlu diutamakan bagi melahirkan generasi berilmu dan berdaya saing. Semangat cintakan negara juga harus dipupuk sejak kecil melalui penyertaan dalam aktiviti kenegaraan. Aktiviti kenegaraan yang boleh kita pupuk dari sekolah rendah sehingga lah anak-anak muda dewasa adalah dengan menggalakkan mereka mengikuti sukan yang mewakili sekolah, negeri atau negara. Aktiviti perarakan kemerdekaan serta pelbagai lagi aktiviti yang boleh kita galakkan kepada anak-anak muda agar lambat atau cepat mereka akan memupuk cinta akan negara dengan sendiri. Amalan gaya hidup sihat memastikan rakyat lebih cergas dan produktif.
Menyokong produk tempatan pula membantu ekonomi negara dan membuka peluang pekerjaan. Jenama dan produk keluaran orang Malaysia sudah banyak, seperti Proton dan Perodua dalam sektor automotif, dalam sektor makanan pula adalah Mister Potato, Adabi, Chunck & Dunk serta Mamee. Selain itu, dalam sektor kecantikan, kesihatan dan fesyen seperti D'herbs, Christy Ng, SimplySiti dan Bonia. Banyak lagi produk lokal yang terkenal dalam dan luar negara. Rakyat harus membiasakan diri dalam memberikan sokongan yang baik untuk produk lokal agar secara langsung kita dapat membantu ekonomi negara kita.
Kesimpulannya, cara hidup yang positif akan membantu Malaysia terus maju dan sejahtera demi masa depan kita bersama.

Share how government initiatives or public services have made a difference, and stand a chance to win cash prizes up to RM10,500! Find out how to join here. T&Cs apply.
MissWhite PrincesZIE (blogisgoldjijie@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
.png)


