Kos perubatan di Indonesia tiga kali lebih rendah berbanding Malaysia

LocalHealth & Fitness
6 Oct 2026 • 4:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kos perubatan di Indonesia tiga kali lebih rendah berbanding Malaysia

KUALA LUMPUR – Kos pengajian perubatan di Indonesia hanya sekitar RM200,000 bagi tempoh lima tahun setengah, iaitu kira-kira tiga kali lebih murah berbanding kos yang perlu ditanggung pelajar di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) Malaysia.

Pengarah Kolej Antarabangsa Goon (GIC), P. Prabagaran berkata, perbezaan kos itu menjadikan Indonesia antara pilihan yang boleh dipertimbangkan pelajar Malaysia yang tidak berjaya mendapat tempat dalam bidang perubatan di universiti awam menerusi Unit Pusat Universiti (UPU).

“Kalau kita lihat kos pengajian perubatan di Indonesia lebih kurang RM200,000 bagi tempoh pembelajaran selama lima tahun setengah manakala IPTS di Malaysia lebih mahal, kira-kira tiga kali ganda,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini, hari ini.

Menurut Prabagaran, permintaan pelajar Malaysia untuk mengikuti pengajian perubatan di Indonesia sememangnya tinggi berikutan tempat yang terhad untuk mengikuti bidang berkenaan di institusi pengajian tinggi tempatan.

“Kita juga lihat permintaan dalam bidang perubatan di Indonesia amat tinggi daripada pelajar Malaysia kerana di sini (Malaysia) tempat terhad.

“Ramai pelajar memohon tetapi tidak mendapat jurusan yang dimahukan dan akhirnya mereka memohon di negara jiran,” katanya.

Dalam pada itu, Atase Pendidikan dan Kebudayaan Kedutaan Besar Republik Indonesia, R. Ahmad Romadhoni Surya Putra berkata, pihaknya mengalu-alukan lebih ramai pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di Indonesia.

Katanya, bidang kesihatan ketika ini menjadi antara pilihan utama pelajar Malaysia di Indonesia, khususnya perubatan, pergigian, farmasi dan perubatan veterinar.

“Kami sebenarnya menginginkan lebih banyak lagi pelajar mahasiswa Malaysia yang belajar di Indonesia, bukan sahaja dalam bidang kesihatan tetapi juga sains, agrikultur serta sosial dan humaniora (ilmu kemanusiaan).

“Ketika ini, bidang kesihatan merupakan antara yang paling banyak menjadi pilihan pelajar Malaysia, terutama kedokteran (perubatan) dan kedokteran hewan (doktor haiwan),” katanya.

Menurutnya, antara kelebihan mengikuti pengajian perubatan di Indonesia ialah pendedahan kepada penyakit yang lazim berlaku di negara beriklim tropika.

“Kita sama-sama tinggal di kawasan tropika. Di tropika ini banyak sekali penyakit yang mungkin paling kaya, sehingga dalam bidang kedokteran (perubatan) kita banyak belajar mengenainya.

“Insya-Allah, doktor dari Indonesia mempunyai kemampuan untuk mengendalikan penyakit itu dan lebih terampil (bersedia) berbanding doktor yang tidak biasa dengan persekitaran tersebut,” katanya.

Katanya, ketika ini terdapat kira-kira 1,500 hingga 2,000 pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Indonesia meliputi pelbagai bidang. – KOSMO! ONLINE

The post Kos perubatan di Indonesia tiga kali lebih rendah berbanding Malaysia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved