Peluang pelajar Malaysia teroka bidang perubatan di UGM

6 Oct 2026 • 3:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Peluang pelajar Malaysia teroka bidang perubatan di UGM

KUALA LUMPUR – Kolej Antarabangsa Goon (GIC) dan Universitas Gadjah Mada (UGM) memperkukuh kerjasama strategik bagi membuka lebih banyak peluang pendidikan tinggi antarabangsa kepada pelajar Malaysia.

Inisiatif berkenaan memberi fokus kepada peluang melanjutkan pengajian di UGM untuk pelajar dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, selain menyediakan laluan pendidikan yang lebih jelas kepada mereka.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, GIC turut menawarkan peluang biasiswa kepada pelajar terpilih yang mengikuti Program Asasi Sains, khususnya mereka yang menunjukkan pencapaian akademik cemerlang dan berpotensi melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Antara bidang pengajian yang berpotensi diketengahkan termasuk Sarjana Muda Perubatan (MBBS), Sarjana Muda Pergigian, Sarjana Muda Farmasi dan Sarjana Muda Perubatan Veterinari.

Pengarah GIC, P. Prabagaran berkata, kerjasama itu bertujuan membantu pelajar tempatan untuk melanjutkan pengajian ke UGM dengan sasaran pengambilan 100 pelajar pada Januari tahun depan.

“Kami mahu pelajar memahami bahawa terdapat pelbagai laluan untuk mereka melanjutkan tahap pendidikan sedia ada ke tahap yang lebih tinggi. Melalui kerjasama ini, kami mengharapkan peluang pendidikan ini akan lebih mudah diakses.

“GIC juga akan menawarkan peluang biasiswa kepada pelajar terpilih yang mengikuti Program Asasi Sains. Inisiatif ini bagi memberikan sokongan tambahan kepada pelajar yang menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Kerjasama Strategik GIC dan UGM di Goon International College yang turut menghimpunkan wakil kedua-dua institusi serta Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Dekan Jabatan Anatomi UGM, Prof. Teguh Budipitojo menyambut baik kerjasama berkenaan yang disifatkan sebagai peluang untuk memperkukuh hubungan pendidikan antara Malaysia dan Indonesia.

“Kami berharap kerjasama ini dapat memberikan pelajar Malaysia akses lebih luas kepada peluang akademik, maklumat serta pengalaman pembelajaran antarabangsa di UGM.

“Ketika ini, terdapat kira-kira 70 pelajar Malaysia di Jabatan Anatomi UGM. Saya percaya melalui kerjasama ini, jumlah pelajar akan bertambah. Ini sangat baik untuk sector Pendidikan Malaysia-Indonesia,” katanya.

Menurut beliau, kerjasama itu turut berpotensi dikembangkan kepada penglibatan akademik lebih luas, mobiliti pelajar serta bentuk kerjasama institusi lain pada masa hadapan.

Sebarang pertanyaan untuk mengikuti kursus perubatan di UGM boleh menghubungi info@goon.edu.my untuk pertanyaan lanjut.

The post Peluang pelajar Malaysia teroka bidang perubatan di UGM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved