Restoran Arab sorok minyak peket di tempat sampah

LocalFood
2 Oct 2026 • 4:53 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Restoran Arab sorok minyak peket di tempat sampah

MELAKA: Sebuah restoran makanan Arab di Bukit Baru di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas dipercayai menyimpan kira-kira 230 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi.

Serbuan dilakukan lima anggota penguat kuasa selepas risikan selama kira-kira sebulan terhadap premis tiga tingkat itu.

Pengarah KPDN Melaka, Dr. Mohd. Hazimin Jamaludin berkata, minyak masak peket berkenaan disimpan di tempat pembuangan sampah dan bukannya di ruang penyimpanan utama restoran.

“Minyak masak ini dipercayai diperoleh dari Selangor sebelum dihantar ke Melaka menggunakan perkhidmatan sebuah kurier.

“Pemeriksaan kita mendapati minyak berkenaan disimpan dalam bungkusan hitam dan diletakkan di tempat pembuangan sampah bagi mengelakkan ia mudah dikesan,” katanya dalam sidang akhbar selepas operasi hari ini.

Mohd. Hazimin berkata, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat laluan menggunakan tangga di bangunan sebelah yang menghala ke kawasan penyimpanan berhampiran asrama pekerja.

“Di situ kita menemukan minyak masak bersubsidi yang disimpan dalam 13 kotak,” katanya.

Beliau berkata, minyak masak peket berkenaan dianggarkan bernilai RM575 berdasarkan harga RM2.50 sekilogram.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah,” ujarnya. – UTUSAN

The post Restoran Arab sorok minyak peket di tempat sampah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved