Kota Kinabalu tuan rumah Sidang Komander Askar Wataniah 18 Jun

LocalPolitics
7 Jun 2025 • 9:16 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Bandaraya ini bakal menjadi tuan rumah bagi Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 37/2025 pada 18 Jun ini.

Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mejar Jeneral Datuk Mohd Razief Che Ahmad, berkata Bandaraya Kota Kinabalu menjadi lokasi pertama sidang itu selepas Perlis pada hujung tahun lepas.

“Sidang komander ini kita laksanakan dua kali dalam setahun dan untuk tahun ini yang kali pertama ini kita buat di Kota Kinabalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Tujuan mesyuarat ini adalah untuk kita membincangkan hal-hal pemerkasaan Askar Wataniah (AW) dari segi penyataan, pentadbiran, melibatkan logistik dan sebagainya.

“Itu adalah perkara yang akan kita bincangkan ke arah untuk menentukan Askar Wataniah ini lebih baik lagi di masa depan,” jelas beliau.

Menurut Razief, sidang tersebut akan dihadiri 16 Komander Askar Wataniah dari seluruh Malaysia.

“Sidang Komander Askar Wataniah akan dihadiri oleh 16 Komander berpangkat Kolonel dan juga Brigadier Jeneral dari seluruh Malaysia,” katanya selepas membuat kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, Khamis.

Tambah beliau, kunjungannya itu bertujuan untuk menjemput Tun Musa sebagai tetamu kehormat dalam majlis makan malam sempena dengan sidang berkenaan.

“Kesinambungan daripada sidang Komander Askar Wataniah ini, kita adakan makan malam yang dilaksanakan bersama Kerajaan Negeri dan kita juga menjemput Tun Musa sebagai tetamu kehormat di majlis tersebut,” ujar beliau.